Saya bukan ‘Robin Hood’, cuma mahu agihan lebih adil – Anwar

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dirinya sebagai Robin Hood apabila didakwa cuba ‘mencuri’ daripada orang kaya lalu diberikan kepada orang miskin, menerusi pelaksanaan rasionalisasi subsidi.

Sebaliknya, Perdana Menteri menjelaskan dasar yang dilaksanakan itu bertujuan memastikan pengagihan subsidi misalnya dilakukan dengan lebih adil, mengambil kira pendapatan individu.

“Kita tidak mahu mencukaikan orang ramai. Jadi kita kenakan cukai yang sedikit dan kita tarik subsidi daripada orang kaya. Itu dilihat falsafah ekonomi Robin Hood iaitu ambil daripada yang kaya dan bagi kepada orang miskin. Ia bukan Robin Hood. Ia tarik subsidi sahaja (daripada orang kaya).

“Malaysia adalah antara beberapa negara di dunia ini yang mempunyai subsidi tertinggi dan kadar cukai rendah. Jadi kita berikan subsidi kepada semua orang. Boleh anda bayangkan elektrik sebelum kita laksanakan program rasionalisasi subsidi. Orang kaya di negara ini dapat subsidi.

“Mereka ada 10, 15 pendingin hawa di rumahnya. Maksud saya ini tidak adil. Adakah kita kenakan cukai tambahan? Tidak. Saya cuma kata anda bayar kos harga dan jangan terima subsidi. Bagi saya ia adil,” katanya dalam program Temu Anwar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), pada Jumaat.

Bagi pihak yang mempolitikkan isu berkenaan, Perdana Menteri menegaskan bahawa ia adalah urusan mereka, katanya memetik laporan BH.

Di pihak kerajaan, Anwar menegaskan yang pihaknya akan sedaya upaya untuk meneraju negara ini dengan sebaik mungkin, demi kesejahteraan rakyat.

“Jika mereka ingin jadikan ini sebagai isu politik atau katakan kita tidak adil, itu adalah urusan mereka.

“Saya nak bagi yang saya sudah lama bertarung. Insya-Allah kita akan lakukan yang terbaik. Kita akan laksanakan sebaiknya demi selamatkan negara ini dan selamatkan rakyat terbanyak,” katanya.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta