Satu lagi pusat tahanan kejam rejim Baath ditemukan

SELAIN daripada penjara kejam Sednaya, sebuah lagi pusat tahanan dan penyeksaan terkenal di bawah rejim Baath yang telah tumbang iaitu “Cawangan Palestin” (Far Falastin) Syria turut ditemukan.

Dibina pada tahun 1960-an, Cawangan Palestin di ibu kota Damsyik adalah salah satu fasiliti paling kejam milik rejim Assas untuk kegunaan soal siasat dan penyeksaan.

Rejim itu menamakannya Palestin sebagai usaha untuk menyembunyikan tujuan sebenarnya, dengan harapan nama itu akan dikaitkan dengan keikhlasan dan tidak bersalah.

Beribu-ribu tahanan, terutamanya mereka yang dituduh dengan tuduhan keganasan, telah ditahan di pusat ini selama bertahun-tahun, menghadapi penyeksaan dan diasingkan daripada keluarga mereka.

Menerusi dokumentasi daripada Anadolu, mendedahkan keadaan tidak berperikemanusiaan yang sekian lama menanam ketakutan dalam kalangan rakyat Syria.

Rekod dari tapak itu menunjukkan bahawa tahanan ditempatkan di dalam sel yang sesak dengan keadaan yang sangat kejam.

Tulisan tahanan di dinding menggambarkan kawasan bawah tanah, tempat orang dipenjara di sel kecil dan asrama yang digambarkan sebagai ‘mimpi ngeri’.

Bahagian ini tidak mempunyai pengudaraan yang baik, memaksa tahanan tidur dalam kegelapan dan kesejukan, bersesak-sesak di ruang sempit malah kulat turut merebak dengan meluas di bahagian bawah bangunan tersebut.

Pasukan rejim bakar dokumen sebelum melarikan diri

Tahanan, yang dinafikan kebebasan mereka, mengukir penderitaan dan harapan di dinding menggunakan biji zaitun.

Antara coretan yang ditemui ialah frasa Turki seperti ‘Cimbom GS’ nama pasukan bola sepak Turki, dan ‘Canim memleketim 34 Istanbul’ (Tanah airku yang tercinta, 34 Istanbul).

Tulisan dalam bahasa Arab turut ditemui, antaranya ‘Kami berlindung kepadamu, Ali,’ ‘Aku merinduimu,’ ‘Ibu’,’ ‘Perpisahan yang paling sukar,’ ‘Tuhan, selamatkan kami,’ ‘Mimpi ngeri ini akan berakhir esok,’ dan ‘Kemanusiaan adalah pengkhianatan, pembohongan, dan penindasan.’

Dinding dipenuhi dengan lukisan, senarai rakan yang dipenjarakan, kalendar, grafiti, serta tanda-tanda kiraan hari dan jurnal peribadi.

Apabila rejim Assad tumbang pada 8 Disember, pegawai rejim telah membakar dokumen sebelum melarikan diri dari bangunan itu.

Anadolu turut merakam imej fail dan dokumen yang dibakar serta bertimbun di kawasan pentadbiran.

Bashar Assad, yang memerintah Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia pada 8 Disember selepas kumpulan anti-rejim menguasai Damsyik.

Pengambilalihan itu berlaku selepas serangan pantas selama dua minggu oleh pejuang Hayat Tahrir al-Sham (HTS) yang berjaya menawan bandar-bandar utama di seluruh negara.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16