Sarjan, Koperal tak mengaku lakukan pemerasan terhadap pegawai khas Exco

GEORGE TOWN – Dua anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melakukan pemerasan ke atas wanita yang juga pegawai khas Exco Pulau Pinang, Mac lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Sarjan Shahrizal Ali, 46, dan Koperal Fadzli Jamaludin, 34, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas pertuduhan tersebut.

Mereka didakwa dengan sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakukan kepada Mandy Leow Zhia Hooi, 31, berhubung risiko ditangkap oleh Polis Diraja Malaysia di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Perbuatan itu mendorong mangsa menyerahkan wang RM1,000 kepada tertuduh pada pukul 2.25 pagi, 14 Mac lalu di tepi Jalan Anson di hadapan Penang Buddist Association di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Danial Amir Saad menawarkan jaminan RM6,000 bagi setiap tertuduh berserta syarat tidak mengganggu pengadu.

Peguam K. Mahendran memohon jaminan ke atas dua anak guamnya dikurangkan kerana mereka menanggung keluarga.

”Anak guam saya, Shahrizal mempunyai enam anak, berpangkat Sarjan dengan pendapatan bulanan sebanyak RM4,000, manakala Fadzli berpendapatan RM2,000 sebulan.

”Kedua-dua mereka diberikan jaminan polis pada 24 April lalu dan mematuhi syarat yang telah ditetapkan selain memberi kerjasama dengan hadir ke mahkamah. Jadi saya mohon jumlah jaminan dikurangkan,” katanya.

Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 24 Jun ini untuk sebutan kes. Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh tidak mengganggu pengadu sehingga kes selesai.

Related Posts

Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan berjaya menumpaskan aktiviti pemindahan minyak sawit mentah secara tidak sah dengan nilai rampasan dianggarkan RM2.08 juta di perairan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter

TAWAU – Cubaan licik seorang lelaki tempatan menyimpan dan membawa diesel bersubsidi sebanyak 300 liter terbongkar selepas dikesan pihak polis dalam serbuan sebuah stesen minyak di Batu 3, Jalan Apas.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

Rafizi dipanggil SPRM bantu siasatan perjanjian RM1.1 Bilion

Rafizi dipanggil SPRM bantu siasatan perjanjian RM1.1 Bilion

PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi

PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara