P.Pinang rekod 4,080 kes penderaan kanak-kanak sejak 2010, kesedaran masyarakat turut meningkat

GEORGE TOWN – Sebanyak 4,080 kes penderaan kanak-kanak direkodkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang sejak 2010 di negeri ini, termasuk 201 kes yang dilaporkan berlaku setakat April tahun ini.

Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim berkata, jumlah itu melibatkan kes penderaan fizikal, seksual dan emosi yang berlaku di lima daerah di negeri ini.

“Daripada jumlah kes yang direkodkan tahun ini, 113 kes melibatkan kanak-kanak perempuan manakala 88 kes kanak-kanak lelaki dan pecahan ini memperlihatkan pola yang sudah lama wujud iaitu kanak-kanak perempuan lebih cenderung menjadi mangsa penderaan seksual.

“Penderaan fizikal dan emosi berlaku dalam kadar yang hampir seimbang antara kedua-dua jantina. Tahun lepas menyaksikan peningkatan ketara iaitu 519 kes, meningkat 41.8 peratus berbanding 2023,” katanya .

Meskipun angka tersebut dilihat membimbangkan, beliau berkata, dari sudut lain ia menunjukkan kesedaran masyarakat untuk melapor juga semakin meningkat, hasil pelbagai inisiatif advokasi dan pendidikan yang digerakkan kerajaan negeri sejak beberapa tahun lepas.

Siew Khim turut memuji tindakan pantas pihak sekolah dalam melaporkan kes yang berlaku, contohnya kes melibatkan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang disyaki menjadi mangsa dera kedua ibu bapanya, baru-baru ini.

“Saya melihat respons pantas pihak sekolah dalam melaporkan kes penderaan baru-baru ini sebagai satu pencapaian penting. Ia membuktikan bahawa mesej perlindungan kanak-kanak sudah sampai ke akar umbi, hasil usaha konsisten Kerajaan Negeri melalui pelbagai program kesedaran,” katanya.

Selasa lepas, polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kes seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun lebam dan luka di belakang badan dipercayai dirotan dalam kejadian di sebuah rumah di Sungai Ara, di sini

Sementara itu, Siew Khim berkata dalam mendepani kes seumpamanya, Kerajaan Negeri menghargai sokongan rakan strategik seperti Persatuan Perlindungan Kanak-Kanak, The Salvation Army, St. Nicholas, Pusat Wanita untuk Perubahan serta Pusat Perkhidmatan Wanita yang sentiasa bersedia memberikan perlindungan sementara kepada mangsa, di samping bekerjasama rapat dengan JKM.

Menurutnya, Kerajaan Negeri bersama agensi berkaitan terus mengukuhkan kerjasama melalui beberapa inisiatif termasuk program Advokasi Kasih Kanak-kanak di 30 sekolah yang bertujuan memberi pendedahan tentang hak kanak-kanak, mengenal pasti situasi penderaan dan saluran bantuan seperti Talian Kasih 15999.

Selain itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri juga melaksanakan program Advokasi Pendaftaran Taska bagi memastikan semua pusat jagaan beroperasi secara sah, selamat dan mematuhi piawaian, seterusnya program advokasi di lapan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak juga giat dirancang sebagai langkah bersepadu menangani isu penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

Bagi membantu mangsa dan keluarga pula, Siew Khim berkata, JKM menyediakan pelbagai bentuk bantuan seperti perintah perlindungan segera, penempatan sementara serta penempatan di institusi selamat seperti Rumah Kanak-Kanak, Taman Sinar Harapan atau Kompleks Penyayang Sinar Kasih, sekiranya diperlukan.

Katanya, khidmat kaunseling dan intervensi psikososial, bantuan kewangan seperti Bantuan Kanak-Kanak dan Bantuan Anak Pelihara serta tindakan undang-undang juga diberikan bagi memastikan kesejahteraan fizikal dan emosi kanak-kanak sentiasa dijaga.

Beliau juga menegaskan peranan masyarakat amat penting dan orang ramai dinasihatkan agar lebih peka serta segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesyaki berlaku situasi penderaan atau menghubungi Talian Kasih.

Beliau turut menggalakkan penglibatan komuniti dalam proses pemulihan melalui pendekatan Pemulihan Berasaskan Komuniti, serta jaringan sokongan seperti Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak, Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak dan sukarelawan JKM yang aktif di lapangan.

Related Posts

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

PUTATAN – Kerajaan melalui Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan berhasrat menjadikan Putatan sebagai Pekan Durian Tahunan serta Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti melalui pelaksanaan program Kebun Dapur. Menteri Pertanian, Perikanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan
  • YnomYnom
  • January 16, 2026

NABAWAN – Seorang lelaki berusia 40-an dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam sungai semasa melakukan aktiviti rafting di Kabulongou Earth, Sepulut Nabawan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nabawan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA