Sarawak tubuh sekolah antarabangsa swasta, bantu pelajar kurang berkemampuan

KAPIT – Penubuhan sekolah antarabangsa swasta oleh kerajaan Sarawak bertujuan untuk menyediakan sokongan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar tempatan yang dilihat berpotensi tinggi terutamanya daripada latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD), Datuk Dr Annuar Rapa’ee, sekolah swasta yang akan dibuka di Sibu itu bakal menampung 100 pelajar pada peringkat awal.

Beliau menyatakan jumlah pelajar di sekolah tersebut akan ditambah secara berperingkat dengan pemilihan dibuat dari Sibu dan Kapit.

“Bagi pengambilan pertama, yuran sekolah akan disubsidikan sebanyak 50 peratus dengan rancangan untuk mengurangkan kos tersebut dan akhirnya menjadikannya percuma,” katanya ketika Sesi Perkongsian Program Inisiatif Pendidikan Sarawak yang diadakan di SMK Selirik pada Selasa.

Oleh itu, Annuar turut menggesa ibu bapa dan guru untuk bekerjasama bagi membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik agar mereka dapat dipilih untuk menyertai sekolah swasta ini.

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Sayed Azmee Wan Junaidi dan Watson Awan Jalai, wakil Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Goram, Alexson Nila, wakil Residen Bahagian Kapit, Muhamad Amirullah Sulaiman, Ketua Bahagian Pendidikan MEITD, Donald Henry Nohed, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kapit, Philip Keling.

Related Posts

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

PORT DICKSON – Latihan bersepadu antara agensi kini bukan lagi sesuatu yang boleh ditangguhkan, sebaliknya suatu keperluan semakin mendesak seiring dengan risiko bencana yang kian kompleks. Selaras dengan itu, pelaksanaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

KANOWIT – Penduduk di kawasan Ngemah terus menggesa agar projek Jalan Batu Luking ke Teluk disegerakan berikutan masalah akses jalan yang menjejaskan aktiviti harian serta sektor ekonomi setempat, khususnya pertanian.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri