Sarawak terus jadi pemacu ekonomi negara, sasar hab tenaga bersih serantau

BINTULU – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan Sarawak akan terus menjadi penyumbang utama ekonomi negara dengan memacu pembangunan industri bernilai tinggi menjelang 2030.

Beliau berkata, kekuatan Sarawak dalam tenaga boleh diperbaharui seperti hidro, hidrogen dan solar bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat negeri ini, malah menjadikan Sarawak tonggak tenaga bersih Malaysia.

“Dengan kelebihan ini, Sarawak kini digelar ‘Battery of ASEAN’. Kita bukan sahaja membekalkan tenaga kepada rakyat kita, tetapi juga kepada jiran di Kalimantan. Selepas ini, kita akan memperluas bekalan tenaga ke Singapura, Brunei dan seterusnya ke negara-negara Asia Tenggara lain,” katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak 2025 yang disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Lapangan Terbang Lama, Bintulu pada Selasa malam.

Abang Johari menegaskan tema sambutan tahun ini ’Sarawak Maju Makmur Dalam Malaysia’ sangat bertepatan dengan status Sarawak sebagai salah satu ekonomi terbesar negara, malah telah diiktiraf Bank Dunia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi sejak 2022.

Beliau berharap Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN tahun ini, Sarawak bersedia memainkan peranan sebagai pintu masuk strategik ke rantau Borneo dan Asia Tenggara, bukan sahaja dari aspek ekonomi, malah dalam bidang budaya, pendidikan dan kerjasama serantau.

“Matlamat kita jelas, menjadikan Sarawak sebuah wilayah maju dan lestari dengan sasaran Net Zero Emissions menjelang 2050. Saya juga telah melancarkan Sarawak Sustainability Blueprint 2030 sebagai panduan memastikan pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar bergerak seiring,” ujarnya.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

55 jemaah haji Sepanggar terima sumbangan khas bantu persiapan

KOTA KINABALU – Seramai 55 bakal jemaah haji dari Parlimen Sepanggar menerima sumbangan khas bagi membantu persiapan menunaikan ibadah haji, dalam satu majlis yang berlangsung di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

KANOWIT – Program Randau Komuniti 2026 anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Rumah Nyanau Anak Taboh, Danau Changgan, Ulu Bawan terus menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan antara kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

55 jemaah haji Sepanggar terima sumbangan khas bantu persiapan

55 jemaah haji Sepanggar terima sumbangan khas bantu persiapan

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

Agensi berkaitan perlu tampil segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

Agensi berkaitan perlu tampil segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu