Sarawak sentiasa istimewa di hati saya – Azhan Rani

KUCHING – Filem Tumbukan Emas arahan anak tempatan Sarawak bakal ditayangkan pada 22 Julai 2025 sempena Hari Sarawak.

Pelakon popular, Azhan Rani turut terlibat dalam filem arahan anak Sarawak.

Menurut Azhan, tawaran filem Tumbukan Emas diterima kerana sudah lama mengenali sutradara Jalot Jeman sejak 12 tahun yang lalu.

“Kamek (saya) kenal Jalot semenjak terlibat dalam bidang teater lagi. Beliau (Jalot) sering menjemput kamek (saya) untu terlibat dalam filem beliau tetapi belum ada kesempatan,” kata Azhan.

Oleh itu, Azhan tidak mahu melepaskan peluang untuk terlibat dalam filem Tumbukan Emas.

“Saya menerima tawaran ini juga kerana Sarawak sememangnya mendapat tempat istimewa di hati saya.

“Di Sarawak, tempat saya menuntut ilmu di menara gading iaitu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

“Jadi, kenapa saya harus menolak untuk berlakon di Sarawak,” kata Azhan.

Ketika ditanya oleh pemberita, Azhan tidak dapat mendedahkan butiran lebih lanjut mengenai filem ini kerana belum menerima skrip lagi.

“Kamek (Saya) mengakui filem Tumbukan Emas agak mencabar kerana filem genre sukan di luar bidang kamek (saya).

Filem Tumbukan Emas merupakan arahan Sutradara Jalot Jeman yang memaparkan kisah Sapok Biki yang merupakan atlet Sarawak yang memenangi pingat emas Sukan Komanwel Kuala Lumpur pada 1998.

Related Posts

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

SHAH ALAM – Sarapan percuma diberikan kepada pelajar di kesemua 873 sekolah di Selangor bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa susulan krisis tenaga global. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan