Sarawak perluas kerjasama pendidikan dengan Australia, sasar 500,000 tenaga kerja mahir menjelang 2030

KUCHING – Kerajaan Sarawak berhasrat untuk melahirkan 500,000 tenaga kerja berkemahiran tinggi menjelang tahun 2030 sejajar dengan aspirasi negeri itu untuk memperkukuh pembangunan sektor strategik seperti tenaga, ekonomi digital, pembinaan dan pembuatan.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, sasaran itu memerlukan sekurang-kurangnya 30,000 pekerja mahir dilahirkan setiap tahun dalam menjadikan pendidikan dan pembangunan bakat sebagai fokus utama negeri.

“Pembangunan modal insan menjadi keutamaan Sarawak kerana ia adalah tunjang kepada kemajuan yang mampan. Maka, strategi pendidikan harus selari dengan keperluan industri dan landskap ekonomi yang berubah,” katanya ketika merasmikan Forum Pendidikan Wilayah Utara Australia 2025 di sini, hari ini.

Menurut Roland, Sarawak terbuka untuk menjalin kerjasama lebih erat dengan Wilayah Utara Australia khususnya dalam bidang pertukaran pelajar dan pensyarah, penyelidikan bersama, pembinaan kapasiti guru serta latihan kemahiran dan vokasional (TVET).

Sarawak juga menyatakan minat untuk mempelajari pendekatan pendidikan unik dari wilayah berkenaan termasuk penglibatan komuniti pribumi, pengajaran berbilang budaya dan penyampaian latihan vokasional di kawasan pedalaman yang mana ia satu pengalaman yang selari dengan realiti luar bandar di negeri ini.

Dalam ucapannya, beliau turut memaklumkan mengenai inisiatif Program Dwi Bahasa Sarawak (DLP Sarawak) yang dilaksanakan sejak 2020 menjadikan Sarawak satu-satunya negeri di Malaysia yang mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah kerajaan.

Bagi menilai keberkesanan dasar itu, kerajaan negeri akan memperkenalkan satu penilaian standard baharu dikenali sebagai UP-DLP Sarawak yang bakal diperkenalkan buat kali pertama pada bulan Oktober ini melibatkan murid Tahun 6 dan pelajar Tingkatan 3.

“Langkah ini membolehkan kita menilai impak sebenar dasar pengajaran dalam Bahasa Inggeris ke atas prestasi pelajar selain memperkukuh sistem pendidikan dwibahasa di Sarawak,” jelas beliau.

Forum ini turut dianggap sebagai satu lagi pencapaian dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Sarawak dan Wilayah Utara Australia susulan kejayaan kerjasama dalam bidang ekopelancongan dan pengurusan hidupan liar sebelum ini.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

MIRI – Berakhir tragedi apabila seorang lelaki ditemui rentung dalam satu kebakaran membabitkan sebuah lori muatan tanah dan sebuah kereta di Jalan Miri By Pass pada pagi Jumaat. Jurucakap Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

CYBERJAYA – Kerajaan MADANI akan meneliti cadangan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah supaya status bebas cukai di Langkawi dikembalikan bagi merancakkan semula sektor pelancongan di pulau terbabit. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

Insiden bot migran karam tidak berlaku di perairan negara – Maritim

Insiden bot migran karam tidak berlaku di perairan negara – Maritim

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media