Lelaki didakwa gigit, tumbuk anggota polis

GEORGE TOWN – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang anggota polis di sini, Ahad lalu.

Tertuduh, S.R. Aingaran, 19, seorang kelindan lori mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Nurul Suhaila Bahrain.

Bagaimanapun, mahkamah menolak pengakuan bersalah itu selepas tertuduh dikatakan gagal untuk mengecam gambar-gambar kejadian yang dijadikan fakta kes tersebut.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada anggota polis terbabit di Pos Pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada 22 Jun lalu, kira-kira pukul 9.40 malam.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sebanyak RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lau Shavin manakala tertuduh diwakili oleh peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), S. Bommy.

Mengikut fakta kes, semasa anggota polis itu berada di pos pengawal, dia telah menahan dua lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan termasuk mabuk sebelum membawa kedua-dua suspek masuk ke dalam pos pengawal untuk pemeriksaan lanjut.

Kemudian, salah seorang daripada lelaki berkenaan iaitu suspek telah menumbuk pipi dan menggigit dada anggota polis tersebut sehingga menyebabkan mangsa mengalami cedera bengkak di pipi dan lebam di dada.

Selepas mahkamah menolak pengakuan tertuduh, Timbalan Pendakwa Raya kemudiannya menawarkan wang jaminan berjumlah RM5,000 kepada tertuduh.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan keluarga mangsa.

Sebutan kes kemudian ditetapkan pada 21 Julai depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Related Posts

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

MIRI – Berakhir tragedi apabila seorang lelaki ditemui rentung dalam satu kebakaran membabitkan sebuah lori muatan tanah dan sebuah kereta di Jalan Miri By Pass pada pagi Jumaat. Jurucakap Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

KOTA KINABALU – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir memasuki fasa penting apabila mahkamah diberitahu bahawa pihak peguam keluarga mangsa akan memanggil enam pakar, termasuk Pakar Forensik, Psikologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil