Sarawak mohon kaji semula data eKasih, pastikan ketepatan kadar kemiskinan – Nancy

KUCHING – Kerajaan Sarawak memohon untuk mengkaji semula data berkaitan eKasih supaya dapat memastikan ketepatan kadar kemiskinan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri turut menyambut hasrat baik tersebut supaya tidak digambarkan negeri kaya tetapi kadar kemiskinan masih tinggi.

Menurut beliau, penyelarasan semula data eKasih sangat penting kerana terdapat sesetengah individu tidak sepatutnya dalam kategori miskin.

“Jadi, data eKasih perlu diselaras kerana terdapat ramai golongan tidak layak dikategorikan sebagai golongan miskin tetapi dimasukkan dalam data tersebut,” jelas beliau.

Oleh itu, kata beliau lagi, kerajaan sentiasa berusaha memperbaiki perkara tersebut dan berharap ia dapat diatasi dengan segera.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah agar data eKasih dikaji semula dalam mengukur kadar kemiskinan di Sarawak.

Sementara itu, Nancy turut merasmikan Program Juh ‘Shopping Raya’ yang berlangsung di Mydin Vista Tunku, Petra Jaya pada Ahad anjuran Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Cawangan Sarawak.

Program tersebut merupakan inisiatif meraikan anak-anak asnaf agar dapat merasai kegembiran menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Program ini sudah memasuki tahun keempat membuktikan komitmen PEKEMA membantu golongan asnaf,” kata beliau.

Tambahnya, beliau berharap lebih banyak syarikat, usahawan dan individu turut menyokong usaha seperti ini.

Difahamkan, PEKEMA memperuntukkan RM600,000 untuk Program Juh ‘Shopping Raya’ yang dilaksanakan di seluruh Malaysia. 

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis