Sarawak mahu tenaga guru anak tempatan diutamakan – Abang Johari

LUNDU – Kerajaan Sarawak meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi keutamaan kepada anak Sarawak dalam pengambilan khas guru Sarawak.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pertukaran guru yang berasal dari Semenanjung kerap berlaku.

“Kebanyakan mereka bekerja dan berbakti kepada Sarawak tetapi memohon minta tukar ke tempat asal apabila sudah dua tahun berkhidmat,” ujar beliau.

Tambah beliau, masalah itu tidak akan berlaku jika guru berasal dari Sarawak.

“Jika anak Sarawak, mereka pasti tidak meminta untuk berpindah melainkan berpindah dalam kawasan Sarawak sahaja,” kata beliau lagi.

Abang Johari mahu pengambilan khas guru dalam kalangan anak Sarawak tetapi belum ditunaikan.

“Perkara ini sudah saya serahkan kepada Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn yang kini masih berbincang bersama Kementerian Pendidikan,” jelas beliau lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Akademi Aeroangkasa di Centexs Lundu di sini pada Selasa.

Sementara itu, Roland Sagah juga turut mengulas perkara ini dengan berkata, pihak suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sepatutnya mengutamakan anak Sarawak dalam pengambilan khas guru.

“Difahamkan lebih 2,000 orang dari luar Sarawak memohon pengambilan khas guru pada kali ini.

“Saya agak kurang gembira kerana mereka memberikan tempat tersebut kepada orang bukan Sarawak,” ujar beliau lagi.

Tambah beliau, perkara ini sudah dibincang dan sepatutnya mengikut pelan seperti yang ditetapkan.

Related Posts

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

MIRI – Berakhir tragedi apabila seorang lelaki ditemui rentung dalam satu kebakaran membabitkan sebuah lori muatan tanah dan sebuah kereta di Jalan Miri By Pass pada pagi Jumaat. Jurucakap Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

KOTA KINABALU – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir memasuki fasa penting apabila mahkamah diberitahu bahawa pihak peguam keluarga mangsa akan memanggil enam pakar, termasuk Pakar Forensik, Psikologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil