Sarawak lancar Skim Pendidikan Tinggi Percuma bermula 2026

KUCHING –Sarawak melancarkan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) yang akan mula dilaksanakan sepenuhnya bermula tahun 2026, sekali gus menandakan satu langkah besar dalam memperkukuh akses pendidikan tinggi kepada anak-anak negeri ini.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata skim, tersebut diwujudkan berlandaskan keyakinan bahawa pendidikan merupakan asas utama kepada masa depan Sarawak, khususnya dalam membangunkan modal insan berkemahiran tinggi.

Menurut beliau, masih terdapat anak-anak Sarawak yang cemerlang dan berbakat terpaksa melepaskan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat universiti akibat kekangan kewangan keluarga, meskipun telah ditawarkan tempat di institusi pengajian tinggi.

“Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan masa depan individu berkenaan, malah merugikan negeri kerana bakat yang ada tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) di Dewan Konvensyen, Raia Hotel & Convention Centre Kuching, pada Khamis.

Abang Johari menegaskan, Sarawak tidak boleh bergantung semata-mata kepada kekayaan sumber alam, sebaliknya perlu melabur secara berterusan dalam pembangunan sumber manusia yang berilmu dan berdaya saing.

Beliau berkata, dunia kini bergerak pantas ke arah ekonomi moden, teknologi baharu dan tenaga hijau, justeru Sarawak memerlukan generasi muda yang mempunyai pengetahuan serta kemahiran dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.

“Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk melaksanakan FTES sebagai satu pelaburan jangka panjang bagi memastikan anak-anak Sarawak mempunyai peluang yang adil untuk menimba ilmu dan menyumbang kepada pembangunan negeri pada masa hadapan,” katanya.

Skim FTES akan dilaksanakan di institusi pengajian tinggi milik Sarawak dan disasarkan kepada pelajar yang layak, selaras dengan aspirasi pembangunan negeri di bawah Pelan Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Related Posts

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

SHAH ALAM – Sarapan percuma diberikan kepada pelajar di kesemua 873 sekolah di Selangor bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa susulan krisis tenaga global. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan