Sarawak laksana intervensi skala besar, galakkan murid kuasai Matematik, Sains

SIBU — Sarawak akan melaksanakan program intervensi berskala besar bagi meningkatkan penguasaan Matematik dan Sains dalam kalangan murid Tahun 6 susulan keputusan Ujian Penilaian Program Dwi Bahasa (UP-DLP) yang menunjukkan prestasi kedua-dua subjek itu masih belum memuaskan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee berkata, penilaian awal mendapati jumlah murid yang sebenarnya belum menguasai Matematik dan Sains jauh lebih tinggi jika benchmark dinaikkan kepada 50 peratus, berbanding kategori semasa yang hanya menganggap markah 20 peratus ke bawah sebagai tidak menguasai.

Menurutnya, kaedah pengkategorian prestasi yang terlalu luas menyebabkan kadar murid ‘tidak menguasai’ kelihatan rendah sedangkan majoriti belum mencapai tahap penguasaan sebenar.

“Kalau kita guna ‘benchmark’ 50 peratus, jelas masih ramai murid belum menguasai Matematik dan Sains. Ini satu amaran awal,” tegasnya ketika berucap pada Majlis Penyerahan 18 unit Smart TV kepada sekolah-sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka di SK Kampung Bahagia Jaya pada Khamis.

Beliau merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka menambah, penekanan terhadap STEM bagi menyokong agenda ‘Free Tertiary Education’ akan terjejas jika jumlah pelajar cemerlang dalam Matematik dan Sains kekal terlalu kecil, sekali gus menghadkan peluang mereka berjaya di peringkat SPM dan universiti.

Annuar memaklumkan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengarahkan pelaksanaan intervensi segera, dan bengkel EMAS (Empowering Mathematics and Science Sarawak) akan diadakan pertengahan Januari melibatkan guru besar, pengetua serta PIBG bagi merangka program khusus untuk murid Tahun 6.

Antara isu utama yang dikenal pasti ialah kekurangan guru opsyen Matematik dan Sains serta keperluan kemudahan pembelajaran lebih moden seperti smart TV. 

Selain itu, Sarawak juga bekerjasama dengan ARC Technologies Sdn Bhd untuk menukar buku teks Matematik, Sains dan bahasa Inggeris Tahun 4 hingga 6 kepada versi digital interaktif bagi membantu pemahaman murid.

“Animasi dan gamifikasi akan membantu murid melihat konsep Sains dan Matematik secara visual. Ini bukan sekadar PDF, tetapi bahan pembelajaran interaktif,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan UP-DLP bukan peperiksaan untuk menentukan kedudukan sekolah, sebaliknya berfungsi sebagai penanda aras penting bagi penambahbaikan akademik dan syarat kemasukan ke Yayasan Sarawak International School (YSIS) yang kini semakin mendapat sambutan.

Annuar turut mengingatkan ibu bapa dan PIBG supaya memainkan peranan lebih aktif dalam menyokong pembelajaran murid melalui kelas malam, kelas tambahan dan pemantauan berterusan.

“Guru memberi ilmu tetapi kesinambungan pembelajaran bergantung pada ibu bapa. Tanpa penglibatan ibu bapa, apa-apa program pun sukar berjaya,” katanya.

Beliau berharap intervensi baharu itu mampu melonjakkan prestasi murid di DUN Nangka dan seluruh Sarawak, sekali gus memastikan lebih ramai anak Sarawak berpeluang menikmati pendidikan tinggi percuma yang disediakan kerajaan negeri.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen