
SRI AMAN – Kerajaan Sarawak sentiasa komited menaik taraf klinik desa menerusi Program Memacu Kehidupan.
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, program tersebut merupakan program impak sosial yang mahu menaik taraf keperluan perubatan di klinik desa.
“Program ini dianjurkan dengan kerjasama PETRONAS sebagai penaja serta Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) sebagai pemilik projek,” ujar beliau.
Selain itu, jelas beliau, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut serta dalam program tersebut sebagai agensi sokongan.
Beliau berkata demikian senasa berucap Majlis Penyerahan Keperluan Perubatan Asas Kepada Klinik Kesihatan Batang Ai di sini pada Selasa.
Sementara itu, beliau turut meluluskan peruntukan RM10,000 untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Nanga Mepi Fasa 1.




