
KUCHING – Sarawak sudah mengenal pasti dua lokasi yang berpotensi untuk pembinaan kemudahan penyimpanan pam kuasa hidro (PHES)
Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi, dua lokasi tersebut di antara empangan hidroelektrik Bakun dengan Murum.
“Lokasi kedua pula dibina di kawasan sekitar Padawan,” ujar Julaihi ketika lawatan rasmi ke Australia pada Isnin.
Tambah Julaihi, potensi untuk PHES di Sarawak sangat tinggi selain sebahagian matlamat menghasilkan tenaga boleh diperbaharui.
“Saya juga yakin sistem PHES dapat diaplikasi di Sarawak selain perbincangan dengan pihak Australia dapat membantu kita untuk integrasi dalam sistem tenaga,” ujar Julaihi.
Selain itu, kata Julaihi lagi, kerjasama antara Sarawak dengan Australia juga dapat menerokai potensi tenaga boleh diperbaharui lain selain penerokaan tenaga PHES.






