Sarawak, Indonesia terus perkukuh hubungan dua hala

KUCHING – Hubungan dua hala antara Sarawak dengan Indonesia terus diperkukuhkan dan semakin erat.

Perpindahan ibu kota Indonesia ke Nusantara, Kalimantan membuka peluang yang lebih luas dalam pelbagai sektor ekonomi.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak & Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata perpindahan ibu kota Indonesia bakal memberi manfaat kepada Sarawak.

“Kerjasama yang sudah lama terjalin harus diperkukuhkan terutama bidang ekonomi, sosiobudaya dan perlindungan warganegara,” kata beliau.

Tambah beliau, Sarawak memainkan peranan penting sebagai jirang paling dekat terutama sektor ekonomi, tenaga kerja dan pengangkutan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Diplomatik sempena ulang tahun kemerdekaan Republik Indonesia ke-79 di Hotel Waterfront Kuching pada Khamis.

Sementara itu, Fatimah berkata hubungan kukuh antara Sarawak dengan Indonesia terutama Nusantara menjadi kunci kesejahteraan rakyat di kedua-dua negara tersebut.

“Kami berharap kerjasama ini diperkukuhkan sekali gus menyediakan peluang pendidikan berkualiti kepada pekerja ladang Indonesia yang tinggal secara sah di Sarawak,” ujar beliau.

Beliau juga optimis masa depan hubungan bilateral Sarawak dan Indonesia serta menyambut baik cadangan Premier Sarawak mengadakan Sukan Borneo demi mengukuhkan hubungan kedua-dua negara tersebut.

Related Posts

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

SARATOK – Tindakan seorang lelaki tempatan yang dipercayai menjadikan aktiviti penjualan loteri awam haram sebagai sumber pendapatan tambahan membawa padah apabila dia ditahan polis pada Ahad. Ketua Polis Daerah Saratok,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

KOTA BELUD – Sebuah ekskavator dan sebuah lori disita dalam satu operasi penguatkuasaan terhadap aktiviti pengorekan serta pengambilan pasir darat secara haram di Kampung Pintasan, di sini pada 5 Mac…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

Mekanik, penganggur didakwa tunggang motosikal secara bahaya

Mekanik, penganggur didakwa tunggang motosikal secara bahaya