Sarawak fokus pembangunan luar bandar

KUCHING – Sarawak terus komited dalam usaha membangunkan kawasan luar bandar yang lebih mampan dan inklusif.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kerajaan Sarawak terus memperkasa komuniti di luar bandar melalui inovasi dan keusahawanan.

“Pendidikan sangat penting untuk diterapkan dalam kalangan masyarakat luar bandar supaya mampu berdaya saing,” ujar Karim.

Tambah Karim, kerajaan Sarawak juga mahu memastikan kawasan luar bandar dan bandar dihubungkan baik sambungan jalan raya mahupun internet.

“Kami mahu memastikan kebolehcapaian ke semua kawasan ini dapat dilakukan,” kata beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian 7th International Conference on Rural Development and Entrepreneurship (ICORE 2024) di Waterfront Hotel pada Isnin.

Karim turut menerangkan kerajaan Sarawak turut membina laluan jalan pesisir yang melibatkan pembinaan 11 jambatan.

“Pembinaan ini menelan kos lebih RM12 bilion yang ditanggung oleh kerajaan Sarawak secara keseluruhannya,” jelas Karim.

Karim percaya pembinaan infrastruktur tersebut dapat memberi manfaat masyarakat di luar bandar dalam pelbagai cara.

Related Posts

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

Oleh: LINA B SIBU – Pembukaan Institut Latihan Maritim TCCS Marine Sdn Bhd dan pelancaran Pusat Latihan Simulator di sini dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam memperkasakan pembangunan modal insan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

SIBU – Pembukaan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkasakan ekosistem latihan maritim negara selaras keperluan industri perkapalan yang semakin kompleks. Ketua Pengarah Jabatan Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi