Sarawak berpotensi jadi ‘bateri ASEAN’ – Abang Johari

KUCHING – Usaha Sarawak menyambungkan kabel bawah laut Singapura dan Semenanjung Malaysia semakin menjadi realiti setelah kajian teknikal Bersama Sembcorp Utilities berjaya dilaksanakan.

Menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata runding komersial untuk sambungan ini berjalan dengan lancar.

“Rundingan komersial antara Sarawak dengan Singapura berjalan lancar, dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga menjalankan kajian prakebolehanlaksanaan bagi kemungkinan sambungan kabel bawah laut di antara Sarawak dengan Semenanjung Malaysia,” jelas beliau.

Tambah beliau, projek sambungan kabel bawah luat ini merupakan pencapaian penting dalam usaha memperkukuh peranan Sarawak sebagai Grid Kuasa ASEAN.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW), Singapura pada Isnin.

Sementara itu, Abang Johari mengulas lebih lanjut sambungan tersebut bukan sahaja meningkatkan keterhubungan tenaga antara negara ASEAN tetapi membuka peluang Sarawak berkongsi sumber tenaga boleh diperbaharui dengan rantau yang lebih luas.

“Sarawak juga berpotensi menjadi ‘Bateri ASEAN’ dengan berkongsi sumber tenaga boleh diperbaharui dengan majoriti berasal tenaga hidro kepada negara jiran melalui grid kuasa bersambung di seluruh Borneo dan ASEAN,” kata beliau lagi.

Related Posts

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy