KKM keluar garis panduan anti buli

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Buli di Tempat Kerja Bagi Anggota KKM menerusi Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsan (NCEMH).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata garis panduan itu bertujuan meningkatkan kesedaran petugas kesihatan berhubung isu buli di tempat kerja.

Katanya, selain itu ia turut menjelaskan prosedur pelaporan, langkah-langkah pencegahan dan intervensi terhadap individu serta organisasi bagi memelihara kesejahteraan fizikal dan mental anggota.

“Garis panduan itu penting untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan harmoni, bebas daripada ancaman buli.

“Secara prinsipnya, KKM tidak berkompromi dengan isu buli dan berdasarkan aduan kes sebelum ini, KKM mengambil sikap tegas serta telus dengan melaporkan hasil siasatan yang dijalankan.

“Malah, KKM juga sudah melancarkan sistem aduan buli secara dalam talian iaitu sistem MyHELP bagi membolehkan pegawai menyalurkan aduan mengenai insiden buli terus kepada Unit Integriti, Ibu Pejabat KKM tanpa perlu melalui penyelia atau ketua jabatan,” katanya dalam jawapan lisan menjawab soalan Dr Kelvin Yii (PH-Bandar Kuching) di Dewan Rakyat, semalam.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata, pelbagai program dan aktiviti dijalankan bagi menjaga kebajikan dan memelihara kesejahteraan mental dalam kalangan petugas kesihatan.

Katanya, antara program itu ialah memberi sokongan emosi dan intervensi awal berkaitan kesihatan mental kepada petugas kesihatan yang memerlukan melalui Talian Krisis Kesihatan Mental atau dikenali sebagai Talian HEAL 15555 yang dikendalikan oleh pegawai psikologi KKM.

“Selain itu, memperluas perkhidmatan kaunseling oleh pegawai psikologi terlatih serta Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), membekalkan petugas kesihatan dengan Mental Health Alert Card sebagai panduan untuk persediaan kesihatan mental apabila bertugas di lapangan terutamanya dalam situasi krisis dan bencana,” katanya.

Related Posts

Transformasi SPRM perlu dilaksana secara berterusan, perangi rasuah secara holistik

AGENDA pembaharuan dan transformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dimulakan kepimpinan terdahulu perlu diteruskan bagi memastikan ia kekal relevan serta diyakini rakyat. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rasuah akan ditangani secara sistematik, ketirisan skala besar jadi keutamaan SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini memberi tumpuan kepada usaha membanteras rasuah dengan lebih bersifat sistemik, termasuk ketirisan perolehan serta penyalahgunaan kuasa berskala besar. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas