Sarawak bakal jadi tapak pelancaran satelit utama Malaysia – Abang Johari

KUCHING – Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari berkata Sarawak bakal dijadikan lokasi utama pelancaran satelit di Malaysia.

Menurut beliau, kedudukan geografi Malaysia sangat dekat dengan garisan khatulistiwa menjadi faktor utama Sarawak dipilih sebagai tapak ideal.

“Kerajaan Persekutuan bakal mewartakan Sarawak sebagai tapak pelancaran satelit rasmi serta keperluan memahami asas aeroangkasa satelit,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian pada majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun ke-30 Sarawak Skills di Hotel Riverside pada Jumaat.

Sementara itu, Abang Johari berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Pro-Canselor Kolej Universiti i-Cats, Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain menubuhkan fakulti aeroangkasa.

“Inisiatif ini bertujuan membantu golongan belia Sarawak menimba ilmu pengetahuan berkaitan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), jelas beliau.

Tambah beliau, Sarawak turut menubuhkan akademi semikonduktor untuk melatih rakyat dalam reka bentuk cip termasuk cip analog dan cip kompaun yang mampu menympan data.

“Langkah ini selaras dengan strategi Sarawak untuk maju ke hadapan dan peranannya sebagai tapak pelancaran satelit,” ujar beliau.

Selain itu, Abang Johari mahu menterjemahkan pengiktirafan Bank Dunia kepada Sarawak iaitu komitmen Sarawak mencapai status berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Kita perlu memastikan rakyat Sarawak mempunyai pendapatan yang baik,” katanya.

Tambah beliau lagi, falsafah Cina ‘jangan beri ikan makan, ajar mereka menangkap ikan’ dapat diterjemahkan dengan mengajar melalui penguasaan kemahiran teknologi.

Related Posts

Keyakinan rakyat meningkat, bukti kejayaan Kerajaan MADANI
  • YnomYnom
  • July 10, 2025

KOTA KINABALU – Dapatan tinjauan Ipsos (Ipsos Populism Report 2025) menunjukkan keyakinan rakyat terhadap masa depan negara meningkat. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelantikan hakim mahkamah atasan perlu ditangani secara cermat

PUTRAJAYA – Pelantikan hakim mahkamah atasan di Malaysia perlu ditangani dengan cermat dan secara sah supaya perjalanan kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong tidak dipolitikkan. Istana Negara dalam kenyataannya berkata, perkara itu mengikut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas