Sanusi gagal, perlu letak jawatan sebagai Presiden KFA

ALOR SETAR – UMNO Kedah mengecam keras tindakan Presiden KFA, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang lepas tangan dalam kemelut bola sepak negeri jelapang itu.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, Sanusi adalah seorang yang tidak bertanggungjawab dalam menangani kemelut sukan bola sepak di negeri itu.

Katanya, beliau merasa yakin dan percaya keputusan menswastakan bola sepak negeri tanpa strategi perniagaan yang berfokus dan pendekatan yang betul sudah tentunya memberi kesan yang sangat besar pada pasukan bola sepak hari ini.

“UMNO Kedah sendiri sangsi apakah fungsi Exco Kerajaan Negeri dan CEO KFA sendiri didalam Ahli Lembaga Pengarah Syarikat tanpa penglibatan mana-mana anak syarikat kerajaan negeri.

“Persoalannya kenapa Selangor yang turut mengikut format AFC dan FAM boleh beroperasi dengan baik tanpa sebarang gangguan permasalahan kewangan? Selangor misalnya mempunyai penglibatan anak syarikat kerajaan negeri yang membantu walaupun tidak mempunyai pegangan 100 peratus dalam syarikat,” ujarnya.

Shaiful Hazizy berkata, UMNO Kedah juga mendesak agar Presiden KFA yang juga Menteri Besar mengambil tanggungjawab bagi menyelesaikan masalah ini.

UMNO Kedah juga kecewa dengan bekas-bekas lagenda Hijau Kuning yang menganggotai kerajaan pada waktu dan ketika ini hanya berpeluk tubuh seolah-olah akur dengan penganiayaan yang sedang dilakukan oleh Presiden KFA itu.

“UMNO Kedah juga menyifatkan kenyataan Sanusi yang mempertikaikan sistem bola sepak negara yang diterajui FAM sebagai satu usaha ‘mengubah tiang gol’ bagi menutupi kelemahan diri sendiri.

“UMNO Kedah berpandangan kejayaan dan kelancaran syarikat lain di negeri-negeri khasnya Selangor haruslah dicontohi dan dijadikan panduan,” katanya.

Justeru, UMNO Kedah menyeru agar semua pencinta bola sepak negeri, kelab-kelab penyokong dan anak-anak muda di negeri ini memohon agar Sanusi masuk campur tangan bagi menyelesaikan masalah kewangan yang semakin meruncing.

“UMNO Kedah berpandangan, kegemilangan dan kehebatan bola sepak negeri yang turut menjadi sukan kegemaran rakyat Kedah ini akan terus terkubur sekiranya tiada sebarang tindakan diambil.

“Sekiranya bola sepak Kedah terkubur jalan penyelesaiannya ialah Sanusi perlu meletak jawatan sebagai Presiden KFA dan juga Menteri Besar supaya tidak mahu banyak lagi pembangunan di bawah kepimpinannya turut menerima nasib yang serupa dengan sukan bola sepak,” katanya.

Related Posts

Sandakan Heritage Walk: Promosi gaya hidup sihat, sejarah dan pokok warisan

SANDAKAN – Sandakan Heritage Walk berupaya mempromosikan gaya hidup sihat di samping mempelajari sejarah bandar Sandakan serta pokok warisan. Acara berjalan kaki anjuran Alumni St Cecilia pada Sabtu itu berjaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tembak mati suspek kes samun guna senjata api

SEORANG lelaki dikehendaki polis dalam kes samun bersenjata api maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis berhampiran Pangkalan TUDM Gong Kedak, dekat Besut, Terengganu, awal pagi tadi. Ketua Polis Terengganu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sandakan Heritage Walk: Promosi gaya hidup sihat, sejarah dan pokok warisan

  • By Fandi
  • March 16, 2025
Sandakan Heritage Walk: Promosi gaya hidup sihat, sejarah dan pokok warisan

Undi tertinggi milik Gobind, Loke kekal Setiausaha Agung DAP

Undi tertinggi milik Gobind, Loke kekal Setiausaha Agung DAP

Polis tembak mati suspek kes samun guna senjata api

Polis tembak mati suspek kes samun guna senjata api

Saya boleh masak gulai ikan temenung, tapi tak sama dengan sentuhan bapa yang memasaknya – Dr Suraiya

Saya boleh masak gulai ikan temenung, tapi tak sama dengan sentuhan bapa yang memasaknya – Dr Suraiya

Sarawak mohon kaji semula data eKasih, pastikan ketepatan kadar kemiskinan – Nancy

Sarawak mohon kaji semula data eKasih, pastikan ketepatan kadar kemiskinan – Nancy

PRN17 Sabah: Mohamaddin mahu pertahan kerusi DUN Segama

  • By Fatin
  • March 16, 2025
PRN17 Sabah: Mohamaddin mahu pertahan kerusi DUN Segama