Sanusi akhirnya mengaku tambah isteri

KUALA NERANG – Desas-desus ‘The Greatest’ Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkahwin seorang lagi akhirnya terjawab.

Sanusi mengaku telah berkahwin dengan seorang pegawai polis sebagai isteri keduanya.

Katanya, proses perkahwinan itu juga dilaksanakan mengikut proses dan undang-undang perkahwinan yang sah selain pinangan perkahwinan keduanya dilakukan sendiri oleh isteri pertamanya, Tok Puan Jusmalailani Jusoh.

“Saya (nak maklumkan saya sudah) kahwin dengan polis, isteri saya pergi meminang, pinangan itu dibuat oleh isteri saya, berbulan (bulan) dahulu,
Alhamdulillah (majlis berlangsung dengan) sempurna, teratur dan beres, (pada) hari pinangan (dan) hari perkahwinan, isteri (pertama) saya ada (bersama), anak-anak saya (juga) hadir, semua proses yang kena buat untuk (perkahwinan) itu semua dipatuhi, jadi tidak ada isu,” katanya.

Sanusi berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Daerah Padang Terap di Dewan Komuniti Felcra Belimbing Tualak, Kuala Nerang petang tadi.

Dalam perkembangan sama, katanya pendedahan itu dibuat hari ini bagi mengelak lebih banyak spekulasi yang tidak benar dan fitnah ke atas beliau dan keluarga.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu, beliau mengambil sikap berdiam diri sebelum ini berhubung perkahwinan keduanya bagi mengelakkan wujud cerita-cerita sensasi yang tidak perlu mengaitkan dirinya.

“Benda-benda (perkahwinan) macam itu tidak patut jadi sensasi, masyarakat (sepatutnya) kena didik, (nak) sensasi (apa-apa pun) mesti kena ada ilmu apa semua, saya tak berhasrat buat pengumuman itu (sebelum ini) sebab saya nak elak benda sensasi yang tak perlu,

“Jadi (apabila) hampa ligan (kejar), saya pun kesian tengok hampa, saya pun maklum (hari ini), saya rasa tidak ada isu apa, saya ada kuota dua lagi,” katanya berseloroh.

Terdahulu, Sanusi enggan mengulas desas-desus mengenai perkahwinan keduanya.

Related Posts

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penglibatan aktif sektor swasta dan golongan usahawan amat penting dalam menjayakan Ekonomi MADANI supaya pertumbuhan ekonomi negara lebih bermakna, mampan serta dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

CADANGAN kerajaan untuk melaksanakan sekatan akses akaun media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun disifatkan sebagai langkah wajar dalam usaha melindungi golongan itu daripada pelbagai risiko di alam siber. Pengamal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri