Sambutan Hari Kebangsaan 2025, ramai tidak tinggal solat Subuh

PUTRAJAYA – Tunaikan solat walau di mana berada’. Itu yang dapat digambarkan mengenai sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya pagi tadi apabila pengunjung yang membanjiri Dataran Putrajaya seawal tengah malam, tetap tidak lupa mengerjakan solat Subuh.

Tinjauan The Malaysia Press (TMP) mendapati, pengunjung dalam kalangan umat Islam beratur di tandas awam untuk mengambil wuduk dan mereka menunaikan solat Subuh antaranya di atas jalan, kawasan pejalan kaki, bawah pokok dan di tepi bangunan sekitar dataran.

Ada juga pengunjung yang menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin terletak di Presint 3, iaitu hanya beberapa meter dari Dataran Putrajaya.

Suasana penuh harmoni itu menggambarkan perpaduan ummah apabila orang ramai mengambil kesempatan untuk memakmurkan rumah Allah sebelum menyertai lautan manusia meraikan ulang tahun kemerdekaan negara.

Keadaan itu sekali gus menepis persepsi bahawa program keramaian besar seperti perarakan kebangsaan boleh melalaikan orang ramai daripada kewajipan agama.

Sebaliknya, sambutan acara yang bersejarah pada kali ini memperlihatkan keseimbangan antara penghayatan patriotisme dan pengamalan spiritual.

Acara kemuncak sambutan Hari Kebangsaan 2025 akan bermula seawal jam 7 pagi Ahad ini dengan ketibaan pemimpin negara diikuti keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Ia akan dimulakan dengan lafaz ikrar Rukun Negara, tembakan meriam 14 das serta perbarisan kontinjen membabitkan 81 penyertaan daripada agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan.

Perarakan utama sejauh 2.1 kilometer dari persimpangan berhampiran Dataran Putra itu turut disertai 14,010 peserta, 78 aset kenderaan, tujuh kereta berhias, 116 haiwan serta 21 kumpulan pancaragam

Related Posts

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Oleh: Nazirul Haziq, Tengku Majid, Hafiq Hassan, Mohamad Fikri & Helda Julie MELAKA – Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bertindak proaktif dalam melindungi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu dana awam jejaskan persepsi, sistem zakat disahkan ikut prosedur sah

Isu dana awam jejaskan persepsi, sistem zakat disahkan ikut prosedur sah

Bersedia awal hadapi PRN Johor, AMANAH perjelas mesej perjuangan kepada rakyat

Bersedia awal hadapi PRN Johor, AMANAH perjelas mesej perjuangan kepada rakyat

Inisiatif PKJ dipertingkat, sokong impian rakyat miliki kediaman sendiri

Inisiatif PKJ dipertingkat, sokong impian rakyat miliki kediaman sendiri

Naikkan ikan keli 9.5kg, pemancing Terengganu raih hadiah RM1 juta

Naikkan ikan keli 9.5kg, pemancing Terengganu raih hadiah RM1 juta

Chelsea atasi Leeds, bakal bertemu City di final Piala FA

Chelsea atasi Leeds, bakal bertemu City di final Piala FA

SKS Miri labuh tirai, catat kehadiran hampir 24,000 pengunjung

SKS Miri labuh tirai, catat kehadiran hampir 24,000 pengunjung