KOTA MARUDU – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Sabah, Zaidi Jatil, berdepan saingan 13 penjuru untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.
Pengurus Pilihan Raya DUN Bandau, Meirin Sugara, mengumumkan perkara itu sejurus pencalonan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bengkongan, di sini, ditutup.
Antara pencabar utamanya ialah Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Datuk Redonah Bahanda yang mewakili GRS.
Calon lain ialah Willey Lampaki mewakili Barisan Nasional, Shirewin D. Patrick mewakili StarSabah, Suzie Salapan mewakili Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Jaiping Minsu mewakili Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Rizham Abd Rahman mewakili Warisan, dan Sitti Haima Jailani dari Parti Kebangsaan Sabah (PKS).
Turut bertanding ialah Sauting Rabuyot yang mewakili Parti Impian Sabah (PIS) dan Robbin Banati dari Parti Bumi Kenyalang Sabah yang masing-masing dari parti yang bertanding kali pertama di PRN Sabah.
Makanala bertanding di kerusi sama tiga calon bebas iaitu Datuk Maijol Mahap, Norman Tulang dan Jolius Majawai.
Pada PRN Sabah lepas kerusi ini disandang oleh Datuk Wetrom Bahanda yang mewakili Perikatan Nasional.





