Sabah tuan rumah Sukan BIMP-EAGA November ini, 98 pingat emas jadi rebutan

KOTA KINABALU – Sabah dipilih sebagai tuan rumah Sukan BIMP-EAGA Friendship Games 2026 kali ke-dua, yang dijadualkan berlangsung dari 23 hingga 27 November depan.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah (KBSK), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, pertandingan tersebut akan diadakan di beberapa lokasi sekitar ibu negeri, termasuk Kompleks Sukan Likas dan Pusat Akuatik Likas, serta beberapa dewan komuniti dan kemudahan sukan terpilih.

“Temasya ini menawarkan 98 pingat emas untuk direbut, dalam sembilan acara sukan dan semua peserta yang terlibat adalah di kalangan ahli atlet-atlet sukan yang berumur 21 tahun ke bawah. 

“Ia merupakan satu sukan yang boleh menjadi medan latihan ataupun menilai pencapaian atlet-atlet Sabah yang muda-muda dan kita percaya bahawa sukan ini akan mencungkil bakat-bakat baharu,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat berkenaan temasya itu di salah sebuah hotel terkemuka, di sini pada Selasa. 

Tambah Nizam, selain menjadi medan menilai prestasi atlet muda penganjuran itu  juga berperanan merapatkan hubungan antara negara anggota BIMP-EAGA iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Filipina dan Malaysia.

“Sebanyak sembilan acara sukan termasuk olahraga akan dipertandingkan antaranya renang, badminton, sepak takraw dan e-sukan.

“Kita menjangkakan hampir 3,000 atlet akan terlibat dalam temasya ini dan kontinjen Sabah dijangka akan menghantar 193 atlet.

“KBSK akan memastikan semua fasiliti dan lokasi pertandingan berada dalam keadaan baik serta bersedia sepenuhnya sebelum temasya berlangsung.

“Kita berharap rakyat Sabah dapat hadir beramai-ramai bagi memeriahkan dan memberi sokongan kepada atlet yang bertanding,” kongsinya.

Terdahulu, Setiausaha Tetap KBSK yang juga pengerusi penganjur, Datuk Mansur Asun dalam kenyataan media menzahirkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk menerajui jawatankuasa penganjur, sambil menyifatkan peluang itu sebagai satu penghormatan dan tanggungjawab.

Mansur berkata, Sabah berbesar hati menjadi tuan rumah bagi edisi temasya tahun ini, dengan persiapan rapi telah dilakukan bagi memastikan kelancarannya.

“Adalah menjadi harapan kami agar acara ini bukan sahaja berjaya dilaksanakan, malah meninggalkan kesan yang bermakna dan berkekalan kepada semua peserta,” katanya.

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman