Sabah perketat kawalan industri pelancongan: ‘Task Force’ khas Semporna jadi ‘blueprint’ negeri

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah mengorak langkah tegas merombak pengurusan industri pelancongan negeri dengan menubuhkan dua mekanisme utama yang disifatkan sebagai ‘game changer’, termasuk sebuah ‘task force’ khas di Semporna yang bakal menjadi model rujukan seluruh negeri.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Dr. Andi Mohd Shamsureezal Mohd Sainal berkata, langkah itu bukan sahaja bertujuan memperkukuh keselamatan pelancong, malah menangani isu berakar umbi seperti aktiviti perniagaan haram, kelemahan penguatkuasaan serta cabaran sosial dan imigresen yang semakin kompleks.

“Kerajaan negeri telah memberi mandat untuk menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan Pelancong Negeri Sabah, yang menghimpunkan pelbagai agensi strategik termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan ESSCOM bagi menyelaras tindakan serta memantau tahap pematuhan dalam industri.

“Pendekatan ini penting untuk memastikan setiap isu keselamatan dan penguatkuasaan dapat ditangani secara menyeluruh, bukan lagi secara berasingan,” katanya ketika menjawab soalan ADUN Luyang di Dewan Undangan Negeri, di sini pada Rabu.

Menurutnya, dalam masa sama, beliau sendiri akan mengetuai Task Force menangani isu pelancongan daerah Semporna, yang ditubuhkan susulan kedudukan Semporna sebagai hab pelancongan utama yang kini berdepan pelbagai tekanan operasi.

“Task force ini melibatkan kerjasama rentas agensi termasuk Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, pihak berkuasa tempatan, pejabat daerah, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah serta agensi persekutuan lain.

“Lebih signifikan, model intervensi di Semporna ini akan dijadikan ‘blueprint’ untuk diperluaskan ke daerah lain sebagai satu langkah yang dilihat sebagai penstrukturan semula pengurusan pelancongan Sabah secara sistemik,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, operasi penguatkuasaan bersepadu turut dipergiat secara berkala bagi membanteras aktiviti tidak sah, termasuk penyalahgunaan pas lawatan oleh pelancong asing untuk menjalankan perniagaan.

“Tiada kompromi. Mana-mana individu atau pengusaha yang melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan tanpa mengira kewarganegaraan,” tegasnya.

Tambah Andi, di bawah Akta Industri Pelancongan 1992, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Bagi warga asing, tindakan tambahan termasuk pembatalan pas, pengusiran serta senarai hitam akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

“Langkah agresif ini dilihat sebagai usaha kerajaan negeri untuk memulihkan integriti industri pelancongan Sabah, yang sebelum ini berdepan kritikan berkaitan isu keselamatan dan aktiviti tidak terkawal di lokasi tumpuan pelancong.

“Tindakan tegas ini penting bagi melindungi pengusaha tempatan yang sah, menjamin keselamatan pelancong serta memastikan Sabah kekal sebagai destinasi bertaraf antarabangsa yang diyakini.

“Ini bukan sekadar penguatkuasaan, tetapi pembinaan semula ekosistem pelancongan yang mampan dan berdaya tahan,” jelasnya.

Related Posts

Kerajaan Perlis buat laporan polis nafi kebocoran maklumat

KANGAR – Kerajaan negeri menerusi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis membuat laporan polis berhubung penularan salinan dokumen pertukaran penjawat awam di negeri ini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Sabah perkasa IKS dan kemahiran, tangani penghijrahan belia

KOTA KINABALU – Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah (KBSK) terus mempergiat usaha membangunkan luar bandar melalui penerkasaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), peluasan latihan kemahiran dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Perlis buat laporan polis nafi kebocoran maklumat

Kerajaan Perlis buat laporan polis nafi kebocoran maklumat

Kerajaan Sabah perkasa IKS dan kemahiran, tangani penghijrahan belia

Kerajaan Sabah perkasa IKS dan kemahiran, tangani penghijrahan belia

MCMC, PDRM siasat dakwaan sunting gambar Sultan Selangor

MCMC, PDRM siasat dakwaan sunting gambar Sultan Selangor

KUSKOP tawar moratorium, penstrukturan semula bantu usahawan terjejas kebakaran Kg Bahagia

KUSKOP tawar moratorium, penstrukturan semula bantu usahawan terjejas kebakaran Kg Bahagia

MoF teliti mekanisme subsidi diesel bersasar bagi Sabah, Sarawak

MoF teliti mekanisme subsidi diesel bersasar bagi Sabah, Sarawak

PM arah aktiviti kerajaan dilaksanakan pada skala sederhana

PM arah aktiviti kerajaan dilaksanakan pada skala sederhana