PM arah aktiviti kerajaan dilaksanakan pada skala sederhana

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua aktiviti rasmi kerajaan diperkemas dan dilaksanakan pada skala sederhana selaras dengan pendekatan berhemah dalam pengurusan perbelanjaan.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, arahan itu disampaikan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini susulan perbincangan di Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), semalam.

“Perdana Menteri menegaskan supaya segala acara rasmi, bengkel dan aktiviti-aktiviti besar yang dilaksana oleh kementerian, agensi dan badan-badan berkanun atau syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) harus pada skala sederhana,” katanya pada Taklimat Krisis Bekalan Global di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, semua kementerian telah menerima panduan daripada Kementerian Kewangan berhubung penyelarasan perbelanjaan operasi bagi memastikan setiap program dilaksanakan secara lebih tersusun.

“Dalam keadaan Malaysia berdepan dengan cabaran akibat krisis bekalan global, panduan telah diberikan dan perincian akan diberikan oleh Ketua-ketua Setiausaha Kementerian bersama dengan Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan,” katanya.

Fahmi berkata, Perdana Menteri turut menekankan keperluan penyelarasan Program Kampung Angkat MADANI dengan lebih teratur, khususnya melibatkan Ahli Parlimen.

Selain itu, beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan supaya aktiviti di pusat komuniti desa diselaraskan dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dikendalikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Mengenai penggunaan media sosial dalam kalangan remaja, Fahmi berkata, Kementerian Komunikasi bercadang melaksanakan sistem pengesahan identiti pengguna (e-KYC) bagi memastikan kawalan umur dapat diperkukuh.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan mengelakkan kanak-kanak di bawah usia 16 tahun memiliki akaun sendiri tanpa pemantauan ibu bapa.

“Isu yang utama adalah daripada segi kawalan yang boleh diberi kepada ibu bapa. Kita hendak elak anak-anak kecil dari bercakap dengan orang dewasa yang tidak dikenali,” katanya.

Semalam, ketika berucap pada program Temu Anwar dan peluncuran pembinaan bangunan baharu Universiti UCSI di sini, Perdana Menteri berkata cadangan had umur penggunaan media sosial perlu dinilai secara menyeluruh dengan penglibatan semua pihak.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan penggunaan media sosial lebih terkawal serta mampu melindungi golongan muda daripada pengaruh negatif di alam digital.

Related Posts

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR — Polemik berkaitan penganjuran festival berunsur air kembali mencetuskan perdebatan apabila kenyataan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah mengenai Festival Muzik Air mendapat kritikan balas daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan melaksanakan Pakej Daya Tahan Ekonomi dikenali sebagai Progressive Acceleration for Capability and Employment (PACE) sebagai usaha memperkukuh pembangunan modal insan serta kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang