RUU wajibkan pendidikan menengah dibentang di Parlimen

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Pendidikan (Pindaan) 2025 yang bertujuan mewajibkan pendidikan menengah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, ketika membentangkan RUU itu, berkata bacaan kali kedua dan ketiga akan dibuat pada persidangan kali ini.

Fasal 2 RUU itu bertujuan meminda Seksyen 2 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) bagi menggantikan takrif ‘pendidikan wajib’, termasuk pendidikan menengah.

Fasal 3 pula bertujuan meminda Seksyen 29A(2) Akta 550 bagi memperuntukkan setiap ibu bapa yang anaknya adalah warga tempatan dan menetap di negara ini perlu memastikan mereka didaftarkan di sekolah rendah dan terus menjadi murid sepanjang tempoh pendidikan rendah.

Pendaftaran itu perlu dibuat jika anak terbabit sudah mencapai umur enam tahun pada hari pertama Januari dalam tempoh persekolahan semasa didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah.

Fasal 4 bertujuan memasukkan seksyen baharu 32A, iaitu mengenai pendidikan menengah wajib ke dalam akta itu. Seksyen dicadangkan itu bertujuan memberi kuasa kepada menteri untuk menetapkan pendidikan menengah menjadi menjadi pendidikan wajib.

Selain itu, mengecualikan mana-mana murid atau pelajar daripada kehendak supaya mengikuti pendidikan wajib dan membuat peraturan melaksanakan peruntukan berhubung pendidikan menengah wajib.

Seksyen sama juga memperuntukkan setiap ibu bapa yang anaknya warga tempatan dan menetap di negara ini perlu memastikan mereka didaftarkan sebagai murid di institusi pendidikan menengah sepanjang tempoh berkenaan serta penalti bagi pelanggaran Subseksyen 32A(2) dicadangkan.

RUU itu membabitkan perbelanjaan wang tambahan kerajaan yang jumlahnya belum dapat ditentukan ketika ini.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16