RUU Tahanan di Rumah akan dibentang tahun depan

PUTRAJAYA – Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah bakal dibentangkan di Parlimen pada tahun depan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin berkata, Kabinet telah memberikan kelulusan dasar untuk pelaksanaan RUU berkenaan.

“Ketika ini RUU berkaitan sedang digubal oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara (Datuk Seri Nordin Muhamad) sebagai pemegang taruh.

“Selepas RUU itu digubal kita akan membentangkan kepada Kabinet sebelum dibentangkan kepada Parlimen dan jangkaannya pada tahun depan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Santuni Madani: Satu Pemimpin Satu Kampung di Bukit Tiu di Machang, Kelantan hari ini.

Saifuddin berkata RUU berkaitan tahanan di rumah tidak melibatkan pindaan Akta Penjara sebaliknya RUU baharu diwujudkan.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2025 dilapor berkata, kerajaan akan menggubal akta baru bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah sebagai alternatif untuk kesalahan tertentu.

Hukuman berkenaan memperuntukkan pesalah dikehendaki berada di tempat tahanan yang dianggap bersesuaian seperti rumah kediaman, rumah jagaan atau asrama pekerja sepanjang tempoh penahanan.

Sementara itu, mengulas mengenai program berkenaan, Saifuddin berkata, pihaknya akan meningkatkan potensi Kampung Tiu dan keupayaan masyarakatnya melalui pemantauan secara langsung serta libat urus bagi mengenal pasti masalah sosioekonomi dan keperluan penduduk di kampung ini.

“Program ini akan melibatkan golongan belia, penduduk kampung, pelajar sekolah, agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Ia turut merangkumi pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah agama, sukaneka rakyat, persembahan dikir barat, penyerahan kit peralatan Skim Rukun Tetangga, sumbangan dan bantuan serta pameran oleh agensi-agensi kerajaan, NGO dan institusi bank, ” katanya lagi seperti dilapor Bernama.

Saifuddin berkata antara agensi yang terlibat dalam menjayakan program ini ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara.

“Program ini dijangka meningkatkan potensi Kampung Bukit Tiu selaras skop program Santuni Madani yang menyasarkan matlamat pembangunan mampan setempat,” katanya.

Related Posts

SARA Bujang: Hargai usaha kerajaan jaga kebajikan belia

KANGAR – Golongan muda dan belia di negeri ini menghargai inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bernilai RM600 setahun yang disifatkan sebagai usaha kerajaan menjaga kebajikan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SARA Bujang: Talian hayat untuk anak muda

Oleh: Mohammad Fikri, Helda Julie, Hafiq Hassan, Nana Mohamad & Jasmine AE KUCHING – Gelombang kegembiraan kini dirasai oleh golongan bujang di seluruh negara apabila penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA