RUU Pihak Berkuasa Tempatan (Pindaan) 2025 diluluskan, perkukuh peranan Ahli Majlis

KUCHING – Rang Undang-Undang (RUU) Pihak Berkuasa Tempatan (Pindaan) 2025 diluluskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Selasa menandakan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh kecekapan pentadbiran pada peringkat tempatan.

Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar mengumumkan kelulusan tersebut selepas menerima sokongan majoriti ahli dewan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata, pindaan berkenaan perlu bagi menyesuaikan kerangka perundangan sedia ada dengan kehendak semasa masyarakat.

“Undang-undang yang digunakan hari ini telah melalui tempoh lima tahun tanpa pindaan besar, dan kini tiba masanya kita sesuaikan beberapa peruntukan agar lebih relevan serta selari dengan tuntutan rakyat,” jelasnya sewaktu membentangkan RUU berkenaan untuk bacaan kedua.

Beliau juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawah turut menjelaskan semua 27 majlis tempatan di bawah kementeriannya, termasuk tiga entiti baharu iaitu Majlis Daerah Gedong, Sebuyau dan Siburan telah beroperasi dengan sistem Ahli Majlis sebagai wakil komuniti.

“Pertambahan penduduk di kawasan bandar mencetuskan pelbagai keperluan yang lebih kompleks. Oleh itu, sudah tiba masa peranan Ahli Majlis diperluas agar suara rakyat dapat didengar dan dilayani secara lebih efektif,” katanya lagi.

Antara intipati utama pindaan ialah perubahan kepada Seksyen 10, 10A dan 11, yang membenarkan penambahan jumlah Ahli Majlis daripada 30 kepada 33 orang bagi lima majlis utama iaitu Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Majlis Bandaraya Miri, Majlis Perbandaran Sibu, Majlis Perbandaran Padawan dan Majlis Perbandaran Kota Samarahan.

Selain itu, pindaan Seksyen 172A memberi kuasa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk meminda mana-mana jadual di dalam Ordinan berkenaan, bagi memberi lebih fleksibiliti dalam pelaksanaan dasar.

“Setiap Ahli Majlis mempunyai tanggungjawab tersendiri. Dengan pertambahan ini, pengawasan terhadap projek dan perkhidmatan tempatan dapat dipertingkatkan,” jelas Dr. Sim.

RUU ini dilihat sebagai satu langkah progresif dalam menjadikan pentadbiran kerajaan tempatan lebih responsif, inklusif dan berorientasikan rakyat seiring matlamat menjadikan Sarawak sebuah negeri maju dan makmur.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

ALOR SETAR – Lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul isterinya sehingga keguguran di Sungai Petani didapati mempunyai empat rekod jenayah termasuk kes mencederakan beberapa isteri lain serta teman wanitanya. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

KANGAR – Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan (AMH) Perlis, Azzin Izzad Bahanudin memangku jawatan Ketua AMH negeri itu berkuat kuasa serta-merta susulan peletakan jawatan Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad. Peletakan jawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI