RUU Mufti penting dikaji – Hadi

KOTA BHARU – PAS mahu Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 perlu dikaji secara mendalam terlebih dahulu.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, langkah tersebut penting kerana mazhab dalam Islam tidak dibenarkan untuk diisytihar sebagai agama, melainkan hanya Islam sendiri yang menjadi agama utama dalam sesebuah negara.

“Pada pandangan saya, semua ulama tidak membenarkan mazhab mereka diisytiharkan sebagai agama negara, sama ada Imam Malik, Imam Syafie mahupun Imam Hanbali.

“Hanya Islam yang menjadi agama negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Antarabangsa Kelantan Membangun Bersama Islam, di sini, malam tadi.

Turut hadir pada konvensyen tersebut ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Terdahulu, Ahli Majlis Syura Persatuan Guru-Guru Pondok Kelantan, Dr Muna Hamzan berkata, semua Ahli Parlimen beragama Islam wajib menyokong RUU Mufti 2024 apabila usul itu dibawa ke Dewan Rakyat nanti.

Menurutnya, sokongan itu bagi memastikan RUU berkenaan diluluskan Parlimen, seterusnya dikuatkuasakan bagi memelihara institusi raja-raja dan mengekang elemen radikalisme dalam negara.

Tambah Muna, RUU itu mentakrifkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari sudut akidah bersumberkan aliran Al-Asyairah, Al-Maturidiah dan fiqh Mazhab Syafie dengan meraikan tiga mazhab lain.

Pada masa sama, katanya, ia dilihat selari dengan enakmen undang-undang pentadbiran Islam di negeri-negeri Malaysia yang berpaksikan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Related Posts

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

SEBANYAK kira-kira 70 peratus produk syarikat kopi dan biskut yang terpalit kontoversi berus bulu babi berjaya dikeluarkan dari pasaran di seluruh negara setakat Isnin lalu. Perkembangan itu disahkan Bahagian Pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk kerajaan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi dengan segera bagi mengimbangi impak lonjakan harga diesel yang semakin memberi kesan rantaian pelbagai peringkat. Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis