RUU Majlis Media Malaysia sudah dihantar kepada Peguam Negara

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi sudah mengemukakan draf Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMM) kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan akhir.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, kementerian giat mengadakan sesi perbincangan mengenai cadangan penubuhan MMM bersama Jawatankuasa Protem dan pihak berkepentingan bagi mendapatkan maklum balas, sebelum memuktamadkan RUU itu.

Selain itu, proses Analisis Impak Peraturan (RIA) bagi penubuhan MMM juga sudah diselesaikan.

“Draf RUU MMM yang dipersetujui secara bersama sudah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara sebelum Memorandum Jemaah Menteri mengenai RUU ini disediakan.

“RUU ini dijangka dibentangkan pada mesyuarat Parlimen kali ini, tertakluk kepada kelulusan Jemaah Menteri,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai status terkini penubuhan MMM seperti dijanjikan sebelum ini dan garis masa pelaksanaannya.

Fahmi berkata, penubuhan MMM, iaitu organisasi kawal selia kendiri bagi media dan pengamalnya pada masa ini penting untuk mendukung piawaian atau standard kewartawanan, menaikkan tahap profesionalisme dan menyediakan ruang untuk aduan awam terhadap media.

Apabila ditubuhkan kelak, katanya, MMM bertanggungjawab untuk membangunkan dan melaksanakan kod etika pelaporan.

“Hal ini akan dapat memperkasa profesion kewartawanan negara dan pada masa sama, memastikan pelaporan berita dilakukan media dilakukan secara bertanggungjawab,” katanya.

Related Posts

Boleh ambil tindakan undang-undang kes objek jatuh dari angkasa

PUTRAJAYA – Malaysia boleh mengambil tindakan undang-undang sekiranya objek yang jatuh dari angkasa mengancam keselamatan negara, termasuk menyebabkan kecederaan kepada rakyat atau kerosakan harta benda. Bagi insiden membabitkan dalam negara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sultan Ibrahim berkenan tandatangan RUU Antibuli 2026

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menandatangani Akta Antibuli 2026 di Istana Bukit Tunku, hari ini. Akta itu digubal dan diluluskan di Parlimen pada 3 Disember lalu, bertujuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ta’awun atau taktik? Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Ta’awun atau taktik?  Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

  • By Fatin
  • January 12, 2026
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar