Rusuhan Bangladesh: Keluarga pelajar lega tindakan kerajaan pantas

PUTRAJAYA – “Tidak sempat hantar surat rayuan dan proses yang sangat cepat,” demikian gambaran yang diberikan keluarga pelajar Malaysia yang terperangkap di Bangladesh yang kini berasa lega atas tindakan yang diambil pihak kerajaan.

Reaksi berikut dizahirkan selepas kerajaan menggerakkan pelan evakuasi bagi mengeluarkan semua pelajar negara ini dari negara tersebut.

Wakilnya, Mejar Jeneral (B) Nubli Hashim berkata, mereka merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan, terutamanya Kementerian Luar dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana menggerakkan proses tersebut.

Menurutnya, keluarga berpendapat proses itu sangat cepat kerana mereka sebelum ini berhasrat menyerahkan surat rayuan pada Isnin namun dimaklumkan usaha evakuasi sudah diluluskan, dengan penerbangan dijadual tiba pagi esok.

“Kami sangat lega apabila mendengar berita ini. Bolehlah tidur lena setelah tiga empat hari tak tidur lena.

“Lepas ini, insya-Allah petang ini boleh tidur lena. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Luar dan semua yang terlibat dalam proses ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Wisma Putra pada Isnin bersama Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Dalam pada itu, salah seorang pelajar yang sudah pulang ke Malaysia, Ahmad Wafiq Aqil Kamarul juga meluahkan kelegaan dengan perkembangan terkini itu.

Menurutnya, sejak pulang ke tanah air pada 18 Julai lepas, hanya sehari dia meluangkan masa di kampungnya di Pasir Puteh, Kelantan.

“Saya sangat gembira dan lega. Bila sampai di Malaysia, lebih kurang satu hari sahaja di kampung halaman.

“Kemudian saya ke Kuala Lumpur untuk bincang, mesyuarat dengan keluarga pelajar. Saya memang risau dengan keadaan mereka, fikirkan bagaimana mereka boleh bertahan.

“Saya lega dan berterima kasih kepada Kementerian Luar dan hargai kerjasama daripada semua pihak,” ujarnya lagi.

Related Posts

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

ALOR SETAR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berjaya dalam tuntutan saman fitnahnya terhadap seorang pengguna media sosial iaitu Muhamad Zubair Ismail atau dikenali sebagai ‘Tam Jebat’.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

PUTRAJAYA – Konflik geopolitik yang berlaku di rantau Teluk ketika ini tidak menjejaskan operasi penerbangan domestik di negara ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini tiada penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan