SANDAKAN – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud memaklumkan bahawa rundingan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah diadakan dalam masa terdekat.
Belia berkata, senarai calon telah pun disediakan dan akan dikemukakan kepada pihak Jabatan Pilihan Raya PKR untuk semakan dan keputusan lanjut.
“Kita sudah ada beberapa calon untuk setiap lokasi Dewan Undagan Negeri (DUN) tumpuan.
“Calon memang ramai, cuma yang terpilih mungkin sedikit,” katanya kepada medi selepas merasmikan Program Jelajah Pendidikan Tinggi Untuk Komuniti @ Sabah Siri Kelima di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi di sini, pada Sabtu.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kerjasama antara PH dan GRS adalah penting demi menjaga kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri Sabah.
Beliau menyatakan bahawa rundingan dengan GRS masih dalam peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan sepenuhnya.
Turut ditekankan adalah misi untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru yang boleh memecah undi serta menjejaskan peluang kemenangan.
Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari
KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…
Lebih lanjut




