Rumah terbuka Aidilfitri MB Pahang di Chini, Sungai Koyan

KUANTAN – Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menjemput rakyat di Pahang memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 di Chini, Pekan pada 2 Syawal ini.

Rumah terbuka itu akan diadakan di Dewan Dato’ Shahbandar, Chini, Pekan bermula pada jam 9 pagi sehingga 2 petang.

Beliau menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, satu lagi majlis rumah terbuka akan diadakan pada 5 April 2025 di Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan, Lipis bermula jam 10.30 pagi.

“Dengan penuh rasa sukacita, saya menjemput seluruh rakyat di negeri Pahang untuk bersama-sama hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri yang akan diadakan di Chini dan juga di Jelai.

“Semoga Aidilfitri kali ini memberikan kebahagiaan dan keceriaan untuk kita semua. Insya-Allah,” katanya.

Pengunjung akan disajikan dengan pelbagai juadah istimewa sinonim dengan perayaan Aidilfitri serta berpeluang beramah mesra bersama pemimpin negeri ini.

Related Posts

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

Oleh: LINA B SIBU – Pembukaan Institut Latihan Maritim TCCS Marine Sdn Bhd dan pelancaran Pusat Latihan Simulator di sini dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam memperkasakan pembangunan modal insan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

SIBU – Pembukaan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkasakan ekosistem latihan maritim negara selaras keperluan industri perkapalan yang semakin kompleks. Ketua Pengarah Jabatan Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi