Pertandingan tradisi bertuntong meriahkan KJM DUN Pantai Damai

KUCHING – Sempena Malam Tujuh Likur di Sarawak, tradisi bertuntong antara tradisi istimewa masyarakat Melayu di Sarawak.

Bertuntong merupakan tradisi malam tujuh likur yang dapat menghimpunkan keluarga dan jiran berkumpul di halaman rumah dan sekitar kampung untuk menyalakan pelita, menjadikan kampung kelihatan berkilauan dan penuh semangat kekeluargaan.

Oleh itu, Kejiranan Mesra (KJM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai menganjurkan Pertandingan Bertuntung dan Lampu Cabik bermula 26 hingga 27 Mac ini.

Menurut kenyataan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), KJM Demak Baru diberi amanah oleh pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk menguruskan program ini dengan kerjasama AKYBMS.

“Program ini bertujuan untuk menghidupkan semula tradisi turun-temurun serta memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk.

Menariknya, peserta mempamerkan kreativiti dalam menghias rumah dan menghasilkan lampu cabik yang unik, mencerminkan keindahan warisan budaya Melayu Sarawak.

“Sambutan hangat daripada penduduk setempat menambah lagi kemeriahan acara ini, menjadikannya sebagai satu platform untuk mengeratkan hubungan sesama komuniti.

Selain itu, pertandingan ini terbuka kepada semua rumah di kawasan KJM DUN Pantai Damai.

“Juara pertandingan di peringkat KJM akan secara automatik mewakili KJM masing-masing untuk bertanding di peringkat DUN.

Seiring dengan peredaran zaman, deretan pelita tradisional yang dinyalakan menggunakan minyak tanah kini diganti dengan lampu LED yang lebih jimat dan mudah dipasang.

Perubahan zaman tidak bermakna tradisi Malam Tujuh Likur ini terus tenggalam tetapi tetapi terus diserikan dengan tradisi bertuntong yang membangkitkan semangat Hari Raya yang ceria dan indah.

Diharap pertandingan ini dapat diteruskan setiap tahun sekali gus memperkukuh semangat perpaduan serta mengekalkan adat dan budaya tradisional untuk generasi akan datang.

Bertuntong merupakan tradisi istimewa masyarakat Melayu di Sarawak ketika malam tujuh likur.

Related Posts

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

PUTRAJAYA – Proses pemindahan kuil Dewi Sri Pathrakaliamman ke tapak baharu yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi asal diluluskan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh. Beliau berkata, semua kelulusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

LIMBANG – Kehadiran seekor ular tedung hitam sepanjang kira-kira satu meter yang menceroboh sebuah rumah di Kampung Bunga Raya di sini, mencetuskan kebimbangan penghuni sebelum reptilia itu berjaya ditangkap pihak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Pihak berkuasa Thailand kenal pasti 3 suspek bom stesen minyak

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Isu pindah tapak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman selesai

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Cemas ular tedung hitam ceroboh kediaman, APM bertindak pantas

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Pemandu van Siam dihadapkan ke mahkamah kes langgar gadis hingga maut

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Sarawak cadang AirBorneo jadi penerbangan rasmi Sukan SEA 2027

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri

Pindaan undang-undang bukti komitmen reformasi Kerajaan MADANI – Ahli Parlimen Miri