Rumah, kenderaan musnah terbakar sepenuhnya di Beaufort

BEAUFORT – Sebuah rumah dan kenderaan musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di Kampung (Kg.) Takuli, di sini, pada Isnin.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Azrul Ab Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada pukul 12.51 tengah hari.

“Sebaik menerima panggilan, seramai enam anggota bomba digerakkan bersama jentera pemadam api ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis tidak kekal berukuran 60×30 kaki persegi, beserta sebuah kenderaan jenis sedan yang turut terbakar sepenuhnya.

“Sejurus tiba di lokasi pada pukul 1.04 tengah hari, pasukan bomba segera bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran ‘hose reel’ bagi mendapatkan sumber air dari jentera pemadam api,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi berjaya dikawal pada pukul 1.56 tengah hari dan tiada mangsa dilaporkan terlibat kecederaan.

Selepas keadaan dipastikan selamat, operasi ditamatkan pada pukul 3.10 petang.

Related Posts

Sarawak tawar pendidikan tinggi percuma, bantuan khas RM876.2 juta

KUCHING – Sarawak kekal komited dalam membela nasib rakyatnya melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif berskala besar, termasuk penawaran pendidikan tinggi secara percuma dan peruntukan ratusan juta ringgit untuk bantuan khas kelangsungan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

SANDAKAN – Kira-kira 200 rumah kediaman atas air di Kampung Bahagia, musnah dalam kebakaran besar yang berlaku awal pagi Sabtu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, PKPgB Jimmy Lagung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak tawar pendidikan tinggi percuma, bantuan khas RM876.2 juta

Sarawak tawar pendidikan tinggi percuma, bantuan khas RM876.2 juta

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus