Rokok seludup bernilai lebih RM153,000 dirampas

LAHAD DATU – Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu Wilayah 4 Sabah berjaya merampas pelbagai jenis rokok seludup bernilai RM153,360 dalam serbuan di kawasan Hutan Paya Bakau, Kampung Puyut, Selasa lepas.

PPM Wilayah 4 Sabah dalam satu kenyataan berkata, serbuan berkenaan dibuat kira-kira pukul 5 pagi selepas bertindak atas maklumat yang diterima.

“Semasa serbuan, telah ditemui sejumlah beg plastik pelbagai warna yang berisi rokok seperti jenama Tex Methol, Walton, Astro Methol King, Astro Filter King dan lain-lain di sebuah pondok zink.

“Kesemua rokok dipercayai belum berbayar cukai dan akan disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” kata kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, PPM Wilayah 4 Sabah tegas menasihati masyarakat agar tidak terlibat dalam aktiviti penyeludupan bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang.

Related Posts

Jangan cipta naratif ‘zero sum game’, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI lebih lantang dan berani dalam usaha memperkasakan agenda Bumiputera dan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan golongan itu seperti yang didakwa sesetengah pihak. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda