Roger Yapp letak jawatan, mahu ubah pendekatan kerja

KOTA KINABALU – Ketua Pemuda Malaysian Chinese Association (MCA) Sabah, Roger Yapp mengumumkan peletakan jawatannya dan semua jawatan lain dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Roger dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya pada Ahad berkata, keputusan itu dibuat untuk menukar pendekatan cara kerja mendekati rakyat dan bukannya disebabkan kepentingan diri, emosi atau rasa takut.

“Niat dan prinsip saya kekal tidak pernah berubah. Oleh itu, saya akan terus bersuara dan bekerja untuk rakyat Sabah.

“Saya juga memohon agar semua memberi sokongan untuk anak-anak muda,” katanya.

Roger turut merakamkan penghargaan kepada pimpinan MCA khususnya Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Ketua Pemuda MCA, Ling Tiang Soon dan mantan Setiausaha Agung, Datin Paduka Chew Mei Fun atas peluang dan kepercayaan yang diberikan sepanjang penglibatannya dalam parti terbabit.

Dalam pada itu, Roger turut mengucapkan tahniah kepada Mohd Kurniawan Naim Moktar atas kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan, baru-baru ini.

Katanya, sebelum pemergian Allayarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Bung sentiasa memberi nasihat selain membantu Naim sekiranya dipilih menjadi calon.

“Sepanjang 14 hari tempoh kempen, saya bersama Naim di Kinabatangan, turun naik perahu, mendaki bukit dan menziarahi rakyat dari kampung ke kampung, siang dan malam.

“Arwah Bung selalu ajar saya agar anak muda sentiasa bersyukur, merendah hati dan saling membantu, itu nasihat yang saya pegang hingga ke hari ini, ” ujarnya.

Pada PRK Parlimen Kinabatangan, Naim menang dengan majoriti 14,214 undi selepas memperoleh 19,852 undi menewaskan calon Warisan, Datuk Saddi Abdul Rahman (5,638 undi) dan Goldam Hamid (Bebas) dengan 946 undi.

Related Posts

Jentera akar umbi perlu giat buat persiapan hadapi PRU16

JERANTUT – Semangat ahli dan kepimpinan UMNO peringkat Cawangan dalam Bahagian Jerantut, berada pada tahap tertinggi dalam usaha memulihkan kekuatan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yang akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO

JOHOR BAHRU – Kira-kira 60 peratus atau 6,009 daripada lebih 10,000 permohonan menyertai UMNO sebagai ahli baharu menerusi inisiatif Rumah Bangsa terdiri daripada golongan muda, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu maut, kenderaan berat jatuh kolam

Pemandu maut, kenderaan berat jatuh kolam

Trump batal pergerakan delegasi AS ke Pakistan

Trump batal pergerakan delegasi AS ke Pakistan

City tewaskan Southampton 2-1, mara final Piala FA

City tewaskan Southampton 2-1, mara final Piala FA

Jentera akar umbi perlu giat buat persiapan hadapi PRU16

Jentera akar umbi perlu giat buat persiapan hadapi PRU16

Jurugambar veteran Bernama Sarawak, Razali Nordin meninggal dunia

Jurugambar veteran Bernama Sarawak, Razali Nordin meninggal dunia

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat