RM200 juta diperuntukkan untuk baik pulih sekolah, klinik daif di Sarawak

SIBU – Kerajaan Sarawak memperuntukkan dana RM200 juta untuk membangunkan semula sekolah dan klinik yang berada dalam keadaan daif.

Peruntukan tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dalam Majlis Makan Malam Gawai Dayak di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK) Kuching pada Jun lalu.

Dalam amanatnya, Abang Johari menggariskan RM100 juta daripada jumlah tersebut akan digunakan khusus untuk kerja baik pulih sekolah-sekolah daif termasuk pembinaan kuarters, manakala RM100 juta lagi akan diperuntukkan bagi baik pulih klinik daif.

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Lukanisman Awang Sauni, memaklumkan projek ini dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh 18 bulan.

“Pihak Pengarah Kesihatan Sarawak telah pun mengenal pasti lokasi yang memerlukan kerja baik pulih, dan akan membentangkan reka bentuk serta kos terlibat kepada ‘stakeholders’ termasuk Premier dan menteri berkaitan,” jelas Lukanisman.

Beliau juga menambah inisiatif ini untuk Sarawak, di samping projek Bitara MADANI yang dimulakan sejak tahun lalu.

Pada tahun ini sahaja, terdapat 39 projek baik pulih klinik daif yang sedang berjalan di seluruh Sarawak, sama ada melalui penggantian penuh ataupun penambahbaikan masalah kritikal.

Setakat ini, RM50 juta diterima daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan RM50 juta lagi daripada kerajaan negeri.

Premier Sarawak menekankan agar peruntukan ini juga digunakan untuk membina kuarters berkualiti bersamaan dengan penggantian klinik daif yang dikenal pasti.

Dalam majlis yang sama, Lukanisman turut memaklumkan tentang pelaksanaan program Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS), dan One Hour Malaysia Clean Up (1HMCU) di 15 lokasi seluruh Sarawak.

Program ini bermula pada 15 Ogos dan akan berakhir pada 8 Oktober di SMK Petra Jaya, Kuching.

Ia bertujuan untuk meningkatkan literasi kesihatan dalam kalangan pelajar dan menggalakkan pengurangan pengambilan gula serta penggunaan rokok elektronik.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Veronica Lugah, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Rohani Mat Bah, serta tetamu jemputan yang lain.

Related Posts

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

KABONG – Kabong bakal mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi tuan rumah bagi Kabong International Beach Trail Marathon (KIBTM) 2025, acara maraton pantai bertaraf antarabangsa pertama yang dianjurkan di Sarawak. Acara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

KABONG – Usaha memperkasa sukan tradisional terus mendapat perhatian apabila Kelab Tarik Tali Trass Merah Kabong menerima sumbangan geran berjumlah RM8,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Adam Eji kongsi pengalaman buli siber, seru masyarakat lebih waspada di media sosial

Adam Eji kongsi pengalaman buli siber, seru masyarakat lebih waspada di media sosial

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik