RM1 juta dibelanja, Sabah Electricity serah sembilan rumah BMR

TAWAU – Sebanyak sembilan keluarga di negeri ini telah menerima kunci Rumah Bantuan Mesra Rakyat (BMR) sejak 2020 menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sabah Electricity.

Pengerusi Sabah Electricity, Saadiah Aziz berkata, setiap rumah dibina dengan kos kira-kira RM80,000 seunit, menjadikan jumlah keseluruhan perbelanjaan hampir mencecah RM1 juta bagi sembilan unit yang telah diserahkan setakat ini.

Katanya, Sabah Electricity menyasarkan untuk menyumbang satu atau dua unit rumah setiap tahun dan merancang satu lagi penyerahan pada 27 Februari hadapan di Tuaran selain pembinaan sebuah rumah di Kota Marudu pada tahun ini.

“Rumah BMR ini adalah sumbangan terus kita kepada masyarakat di Sabah terutama sekali golongan-golongan yang memerlukan, miskin tegar dan asnaf memiliki rumah yang selesai dan selamat.

“Sebab ini adalah salah satu cara kita daripada syarikat korporat untuk kita lebih mendekati komuniti, ” katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Rumah BMR di Kampung Ranggu, pada Jumaat.

Terdahulu semasa berucap, Saadiah berkata, pihaknya komited bersama-sama membantu pihak kerajaan dalam melaksanakan pelbagai tanggungjawab untuk manfaat Masyarakat setempat.

“Pelaksanaan program-program CSR di seluruh negeri oleh Sabah Electricity adalah berteraskan kepada empat kriteria sasaran iaitu Pendidikan, Pembangunan Komuniti, Pembangunan Sukan dan Penjagaan Alam Sekitar.

“Antara program-program yang dilaksanakan oleh Sabah Electricity untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan adalah Program Bantuan Ceria Ke Sekolah dan projek-projek bantuan komuniti setempat yang lain,” ujarnya.

Sehingga kini, rumah BMR telah diserahkan di Putatan, Tambunan, Kinabatangan, Ranau, Kundasang dan Tawau.

Related Posts

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

ALOR SETAR – Lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul isterinya sehingga keguguran di Sungai Petani didapati mempunyai empat rekod jenayah termasuk kes mencederakan beberapa isteri lain serta teman wanitanya. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

KANGAR – Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan (AMH) Perlis, Azzin Izzad Bahanudin memangku jawatan Ketua AMH negeri itu berkuat kuasa serta-merta susulan peletakan jawatan Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad. Peletakan jawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI