MCMC siasat penyebaran video berunsur perkauman libatkan akaun palsu – Fahmi

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesan puluhan akaun media sosial dipercayai terlibat dalam penyebaran video berunsur perkauman yang dimuat naik secara terselaras dalam tempoh 24 jam lalu.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, siasatan awal mendapati lebih 40 akaun Facebook dan hampir 10 akaun TikTok memuat naik video sama dengan naratif serupa, yang cuba mengaitkan satu insiden membabitkan individu berbangsa India dan Melayu dengan sentimen perkauman.

“Didapati dalam tempoh 24 jam yang lalu, satu berita ‘viral’ yang pada awalnya didakwa membabitkan seorang gengster India yang mencederakan seorang tuan tanah Melayu dan terdapat elemen dan bibit perkauman yang cuba diselitkan.

“Hampir semua daripada ‘posting’ ini menggunakan video yang sama menggunakan ayat yang sama,” katanya pada sidang media mingguan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, penyebaran kandungan berkenaan dipercayai mempunyai ciri tingkah laku tidak tulen terselaras (CIB) yang bertujuan mencetuskan ketegangan antara kaum.

Pada Khamis, polis mengesahkan video tular memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar motosikal di Kampung Sungai Jernih, Kajang tidak mempunyai unsur gangsterisme atau perkauman.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada pertikaian peribadi berkaitan isu tanah dan laluan lori di kawasan terbabit.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menegaskan pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba membangkitkan sentimen perkauman melalui penyebaran maklumat tidak tepat.

“Proses siasatan berkait sebaran maklumat ini sedang berjalan dan sebarang percubaan untuk mengapikan sentimen perkauman tidak akan diterima dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata MCMC turut mengesan 19 akaun media sosial yang disyaki palsu kerana menyebarkan komen serta maklumat tidak wajar ketika siaran langsung persidangan Parlimen.

Katanya, tindakan itu diambil susulan laporan media bertarikh 8 Februari lalu.

“Daripada 19 akaun (media sosial) itu, dua disahkan sebagai akaun palsu dan siasatan sedang berjalan untuk baki 17 akaun (media sosial),” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan siaran langsung persidangan Parlimen disalah guna sebagai platform menyebarkan mesej kebencian dan maklumat tidak benar, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap tahap keselamatan maklumat dalam ruang siber.

Related Posts

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyusun semula strategi sektor pelancongan dengan memberi tumpuan kepada pasaran yang lebih berdaya tahan bagi memastikan kemasukan pelawat dan hasil negara kekal stabil susulan krisis bekalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM