RISDA perlu pelbagai produk hiliran

PIHAK Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) disaran berusaha mempelbagaikan produk hiliran berasaskan getah sebagai langkah jangka panjang untuk menstabilkan harga komoditi itu dalam pasaran tempatan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha itu penting bagi memastikan pekebun kecil tidak hanya bergantung kepada pengumuman kerajaan untuk mengawal harga, sebaliknya mewujudkan permintaan berterusan terhadap produk berasaskan getah.

“Sebenarnya, getah sekerap boleh menghasilkan produk seperti bahan api bio yang menyerupai diesel dan petrol.

“Produk ini mendapat pengiktirafan badan piawaian dan potensi besar untuk dikembangkan.

“Jika akhirnya berjaya dikomersialkan, permintaan terhadap bahan api bio akan meningkatkan harga getah sekerap,” katanya selepas merasmikan majlis Karnival RISDA MADANI (KARRISMA) Zon Utara Tahun 2025 di Dewan Dato’ Mohamed Jamrah, Sungai Sumun, dekat Bagan Datuk, Perak, hari ini.

Karnival KARRISMA adalah inisiatif RISDA di bawah Aspirasi Desa MADANI dicetuskan Ahmad Zahid, bagi memperkukuhkan ekosistem pembangunan komuniti pekebun kecil getah di seluruh negara.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, selain bahan api bio, kayu getah matang juga berpotensi dikembangkan untuk industri pembuatan perabot berkualiti.

“Saya sudah mengarahkan supaya 40,000 hektar tanaman semula getah dilakukan setiap tahun, tetapi kayu getah ini mesti dirawat terlebih dulu supaya harganya mahal dan pada masa sama, daya tahan lebih lama dan ini sesuai dengan permintaan pasaran perabot di luar negara.

“Di Muar ada zon industri perabot dan mengikut laporan, nilai eksport perabot melebihi RM85 bilion dan lebih 70 peratus bahan ini datang daripada kayu getah.

“Kita meminta RISDA mencari benih pokok getah yang dapat menghasilkan kayu balak getah bersesuaian dengan industri perabot,” katanya.

Related Posts

Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan biodiesel B15 mesti dikeluarkan melalui 19 loji mulai 1 Jun ini juga, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, pengeluarannya penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan memerintahkan bekas suami Jahidah Nordin iaitu Rosmaini Abdul Raof, dihukum penjara 14 tahun berkuat kuasa hari ini atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu, lima…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM tidak ulas isu UMNO Negeri Sembilan, kenyataan disifatkan belum jelas

PM tidak ulas isu UMNO Negeri Sembilan, kenyataan disifatkan belum jelas

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

PDRM Kelantan beri amaran keras salah guna logo, imej Ketua Polis

100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng

100 mangsa ribut Kampung Melayu Raya dipindahkan, bantuan segera digembleng

BKJ Fasa 4: Johor agih RM170 juta kepada 600,000 penerima

BKJ Fasa 4: Johor agih RM170 juta kepada 600,000 penerima

KPK komited perkasa industri lada, sasar lonjak produktiviti dan pasaran global

KPK komited perkasa industri lada, sasar lonjak produktiviti dan pasaran global

MyGAP diperluas, jamin makanan selamat dan tingkat hasil tempatan

MyGAP diperluas, jamin makanan selamat dan tingkat hasil tempatan