Kerajaan MADANI sumbangkan RM400,000 kepada Maktab Mahmud

ALOR SETAR – Kerajaan MADANI tidak pernah meminggirkan institusi pendidikan di bawah kerajaan negeri termasuk sekolah agama dalam usaha menegakkan syiar Islam.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu juga selari dengan matlamat kementerian dalam melaksanakan agenda pendidikan dan pembangunan agama Islam.

“Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tidak pernah meminggirkan mana-mana sekolah. Kerajaan MADANI komited melaksanakan semua agenda pendidikan dan pembangunan Islam,” katanya ketika berucap pada Majlis perasmian Rumah Maahad dan Jamuan Hari Raya Persatuan Alumni Maktab Mahmud di sini hari ini.

Pada majlis itu beliau turut menyampaikan sumbangan kerajaan RM300,000 untuk pembangunan Darul Maahad oleh alumni berkenaan dan RM100,000 daripada kementerian tersebut untuk Maktab Mahmud.

Berucap lanjut kata beliau, Maktab Mahmud sentiasa dekat di hati Perdana Menteri itu dan mempunyai nilai sentimental dari zaman beliau menjadi Menteri Pendidikan.

“Kita menghargai sumbangan Maktab Mahmud dalam melahirkan ulama dan umara amat besar kepada usaha meningkatkan syiar Islam. Kebitaraan murid Maktab Mahmud dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Arab perlu terus dipertahankan.

“Maktab Mahmud diharapkan kekal dengan melahirkan ulama dan ini juga sebahagian daripada hala tuju di peringkat pendidikan Malaysia dalam pendidikan islam,” katanya.

Related Posts

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

PEMERGIAN Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin satu kehilangan besar buat negara. Perkara itu diluahkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang berkata, Allahyarham banyak menyumbang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy