Ringgit kekal tinggi banding dolar AS

RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan pelabur yakin dengan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah, kata seorang penganalisis.

Pada jam 8 pagi, ringgit naik kepada 4.3700/3850 berbanding dolar AS berbanding 4.3805/3850 ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, penurunan berterusan dalam indeks dolar AS (DXY) memberi petunjuk bahawa penurunan kadar faedah di AS dijangka berlaku seawal September tahun ini, menyaksikan peniaga menurunkan permintaan terhadap dolar AS.

“Ini memberi manfaat kepada mata wang negara sedang pesat membangun termasuk ringgit.

“Simposium Jackson Hole yang berlangsung minggu ini di AS akan memberi beberapa petunjuk kerana pengerusi Fed AS Jerome Powell akan memberi lebih banyak penerangan mengenai potensi penurunan kadar faedah pada September depan,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, paras sokongan seterusnya bagi ringgit ialah 4.30 berbanding dolar AS dengan mengandaikan bahawa AS cenderung untuk menurunkan kadar faedah.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9799/9905 daripada 2.9946/9979, melonjak berbanding pound Britain kepada 5.6771/6966 daripada 5.6784/6843 ketika ditutup pada Isnin bagaimanapun jatuh berbanding euro kepada 4.8446/8612 daripada 4.8339/8388 semalam.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keterjaminan makanan: Belajar dari krisis, sedia dari dapur sendiri

KUCHING – Setiap kali harga barang keperluan asas naik, keluhan pasti kedengaran di pelbagai platform.  Namun, sedarkah kita bahawa isu keterjaminan makanan sebenarnya adalah bom jangka ‘senyap’ yang menuntut persiapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei