
KUCHING: Syarikat terkemuka Korea Selatan, Samsung E&A Korea memberi perkembangan terkini berkenaan projek H2biscus dalam usaha memperkasakan sumber hidrogen
Naib Eksekutif Presidennya, Sean Chung berkata projek itu sangat penting dalam usaha memperkasakan tenaga hijau.
“Sebahagian sumber hidrogen yang dihasilkan di Sarawak yang bersih akan digunakan oleh Sarawak sendiri,” ujar Chung.
Beliau berkata demikian ketika melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia pada Isnin.
Jelas Chung lagi, sebahagian sumber tenaga hydrogen lagi bakal ditukar kepada ammonia bakal dieksport ke Korea Selatan.
“Projek ini sangat penting selain menghasilkan tenaga hijau di Sarawak turut disalurkan kepada Korea Selatan untuk kegunaan sumber tenaga,” katanya.
Ujar Chung, matlamat projek ini juga mengurangkan penggunaan tenaga fosil di Korea.
“Melalui projek ini juga, kita dapat mencapai matlamat penggunaan tenaga bersih dan pengurangan jejak karbon,” ujar Chung lagi.