Ringgit kekal momentum meningkat 11 hari berturut-turut

KUALA LUMPUR – Ringgit terus mendapat sokongan baik dan mengekalkan momentum meningkatnya selama 11 hari berturut-turut berbanding dolar AS apabila pelabur memindahkan pelaburan mereka ke rantau Asia Pasifik berikutan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lemah Jumaat lalu, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4930/5010 berbanding dolar AS daripada 4.4945/4995 pada Jumaat lepas.

Dilaporkan bahawa kadar pengangguran AS melonjak kepada paras tertinggi dalam tempoh hampir tiga tahun sebanyak 4.3 peratus pada Julai berbanding 4.1 peratus pada Jun.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan berkata, susulan data pekerjaan AS yang lemah, hasil bon AS merosot dengan ketara berikutan pelabur mencari jaminan dalam pendapatan tetap.

Sehubungan itu, hasil perbendaharaan untuk tempoh dua tahun mencatatkan penurunan yang ketara, daripada 4.39 peratus kepada 3.91 peratus pada masa ini, adalah paras terendah sejak Mac 2023 dan menyebabkan indeks dolar (DXY) turun lebih satu peratus dalam satu hari.

“Selain itu, pendekatan yang cenderung untuk melonggarkan dasar monetari daripada Bank of England dan Rizab Persekutuan pada minggu lepas dijangka mengekalkan permintaan yang meningkat terhadap ringgit,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid percaya ringgit berbanding dolar AS dijangka bergerak ke arah paras sokongan semasa pada RM4.40.

Oleh itu, beliau menjangka ringgit berbanding dolar AS akan berada antara RM4.47 dan RM4.48 hari ini.

“Pasaran bon AS berada dalam sentimen positif, menunjukkan pemain menjangka penurunan mendadak untuk Kadar Dana Fed,” katanya.

Related Posts

ART: MITI akan bentang kertas cadangan kepada Kaukus Parlimen

KEMENTERIAN Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan menyediakan satu kertas cadangan bagi memperjelas definisi Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) sebelum dibawa untuk dibincangkan di Mesyuarat Kaukus Parlimen, sebagai sebahagian daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penerima STR di Sabah luah syukur, hargai inisiatif kerajaan

SABAH – Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Sabah menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Kerajaan MADANI atas bantuan yang disifatkan banyak membantu melegakan perbelanjaan rakyat, khususnya dalam kalangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi