Calon BN tak takut lawan main isu UMNO, DAP di Nenggiri

GUA MUSANG – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani tidak takut terhadap pihak lawan memainkan isu kerjasama UMNO dan DAP sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.

Namun, beliau mengakui turut berdepan cabaran meyakinkan pengundi Melayu menerima kerjasama dua parti itu.

Katanya, meskipun berdepan cabaran itu beliau tetap memberikan fokus terutama untuk menyakinkan pengundi di DUN Neggiri supaya memberi sokongan kepada beliau pada PRK kali ini.

“Mengenai isu kerjasama UMNO dan DAP itu cabaran bagi saya dan saya kena meyakinkan pengundi di Nenggiri agar menerima saya, sebab pengundi di sini memilih wakil yang boleh laksana tanggungjawab dan saya rasa saya boleh laksana tanggungjawab itu, kalau diberi peluang.

“Bagi saya, kena fokus dapat seramai mana pengundi itu. Saya bukan tak peduli soal persepsi terhadap (DAP), tapi bagi saya, kalau fikir benda lain akan hilang fokus saya, sebab saya ada masa 14 hari saja untuk berkempen meyakinkan pengundi menerima saya,” katanya ketika ditemui di sini.

Mengulas perkembangan sama katanya, beliau bagaimanapun tidak menghalang mana-mana pemimpin Pakatan Harapan (PH) termasuk DAP ke Nenggiri untuk bantu berkempen.

“Ini negara demokrasi, tiada yang nak halang-halang, (mana-mana) pemimpin boleh datang bantu kempen.” ujarnya.

Ditanya sama ada pemimpin DAP perlu mengawal ucapan mereka ketika berkempen supaya tidak menyentuh sensitiviti orang Melayu, Azmawi berkata, rakan dalam Kerajaan Perpaduan itu lebih memahami kesesuaian percakapan mengikut kawasan majoriti pengundi.

“Saya rasa mereka (DAP) lebih faham keadaan di Nenggiri. Saya rasa mereka lebih faham kita tak ada halangan (untuk pemimpin DAP) nak datang bantu kempen. Mana tahu ianya (kempen DAP) memberi kelebihan. Kita berusaha, selebihnya kita serah kepada Allah.”

Terdahulu, DAP dilaporkan sedia membantu kempen BN di PRK Nenggiri, jika ada permintaan daripada gabungan perpaduan, tetapi penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan berkata, tiada keperluan DAP berkempen pada PRK Nenggiri 17 Ogos ini.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

UMNO timbang gerak solo PRN Melaka

UMNO timbang gerak solo PRN Melaka