Ringgit kekal mata wang terbaik Asia

KUALA LUMPUR – Ringgit muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di rantau Asia berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sejak pelaksanaan tindakan bersepadu oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 26 Februari lalu, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Menerusi jawapan bertulis di Dewan Negara, MOF berkata, ia susulan usaha menggalakkan aliran masuk dana lebih konsisten ke dalam pasaran kewangan domestik termasuk penghantaran balik dan pertukaran pendapatan pelaburan asing oleh syarikat berkaitan kerajaan.

“Setakat 17 Julai 2024, ringgit diniagakan pada paras 4.6642 berbanding 4.7987, nilai tukaran terendah pernah dicatatkan pada tahun ini.

“Selain itu, kadar pertukaran efektif nominal (NEER) ringgit yang merupakan kayu ukur prestasi mata wang tempatan berbanding rakan dagangan utama juga telah meningkat sebanyak 3.4 peratus,” katanya.

MOF berkata demikian sebagai menjawab soalan Senator Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar yang bertanya mengenai usaha dilakukan kerajaan ke arah penambahbaikan nilai ringgit berbanding dolar AS dan bila usaha itu akan berjaya.

Menurut kementerian, BNM akan terus mengambil langkah wajar untuk memastikan kestabilan mata wang dan pasaran pertukaran asing domestik.

“Perkara ini termasuk mengambil langkah operasi intervensi dalam pasaran pertukaran asing untuk membendung pergerakan mata wang yang dianggap berlebihan,” katanya.

MOF turut menegaskan kerajaan kekal komited dan fokus dalam usaha pelaksanaan polisi pembaharuan struktur dan pengukuhan fiskal.

Pelbagai usaha dijalankan dan mula menampakkan hasil positif seperti pelaburan yang diluluskan kekal menggalakkan bagi tahun 2023 (2023: RM330 bilion, 2022: 267.8 bilion) serta suku pertama 2024 sebanyak RM89.7 bilion (suku pertama 2023: RM71.4 bilion).

Selepas enam tahun, JP Morgan juga menaikkan taraf Malaysia daripada ‘underweight’ kepada ‘neutral’ berikutan dasar pembaharuan struktur dilaksanakan termasuk pelaburan dalam membangunkan pusat hab data serantau dan teknologi hijau.

“Ini menunjukkan pelabur kekal yakin terhadap perkembangan ekonomi negara dan dengan usaha dilakukan oleh kerajaan.

“Aliran masuk dana dan pelaburan asing ini dijangka akan berterusan dan ia akan menyokong pengukuhan nilai ringgit,” kata MOF.

Related Posts

FELCRA umum agihan akhir keuntungan 2025 RM302.9 juta kepada lebih 71,000 peserta

BAGAN DATUK – FELCRA Berhad mengumumkan Agihan Akhir Keuntungan Projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 berjumlah RM302,912,987, melibatkan seramai 71,780 peserta di seluruh negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik di Teluk dijangka beri kesan kepada ekonomi, kerajaan pantau harga minyak – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan bimbang konflik yang sedang berlaku di negara Teluk ketika ini boleh memberi kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara, termasuk keupayaan mengawal harga minyak. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

Mekanik, penganggur didakwa tunggang motosikal secara bahaya

Mekanik, penganggur didakwa tunggang motosikal secara bahaya