Ringgit diniagakan kukuh sesi pagi

NILAI ringgit diniagakan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga pagi ini dan meningkat berbanding kebanyakan mata wang utama lain.

Pada jam 8 pagi tadi, ringgit meningkat ke paras 4.6670/6735 berbanding dolar AS daripada 4.6705/6735 dicatat semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit berkemungkinan terus mengukuh berikutan jangkaan dasar monetari Malaysia kekal bagi tempoh berbaki tahun ini.

Beliau berkata, tindakan terkini Bank of Canada menurunkan 25 mata asas semalam, membuktikan momentum pelonggaran dasar monetari semakin ketara di negara maju apabila bank pusat beralih kepada usaha bagi memastikan pertumbuhan berterusan.

“Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan AS jatuh kepada 49.5 mata pada Julai 2024 manakala kertas Perbendaharaan dua tahun AS mencatat hasil enam mata asas lebih rendah kepada 4.43 peratus, sekali gus membayangkan keperluan Rizab Persekutuan AS melonggarkan dasar monetarinya bagi menyokong pertumbuhan,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, Bank Muamalat juga menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus berhati-hati terhadap inflasi berikutan tingkah laku penetapan harga dalam kalangan firma dan jangkaan inflasi boleh mencetuskan kecenderungan peningkatan inflasi.

“Ini bermakna BNM perlu mengekalkan pendirian dasar monetari semasa yang dapat menyokong ringgit,” kata Mohd Afzanizam.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit susut berbanding yen Jepun pada 3.0327/0371 daripada 3.0173/0196 pada akhir urus niaga semalam namun naik berbanding pound Britain kepada 6.0181/0265 daripada 6.0291/0330, selain meningkat berbanding euro kepada 5.0576/0647 daripada 5.0633/0665, semalam.

Selain itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN dan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia dan peso Filipina.

Unit tempatan itu mengukuh sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.4722/4776 daripada 3.4727/4752 namun rendah berbanding baht Thailand pada 12.9144/9392 daripada 12.9133/9266, semalam.

Berbanding rupiah Indonesia, ringgit kekal pada paras 287.7/288.3 daripada 287.9/288.3 dan mendatar berbanding peso Filipina pada 7.98/8.00 daripada 7.99/8.00.

Related Posts

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

KOTA KINABALU – Usaha memperkasa usahawan wanita muda kini diperluas di utara Sabah menerusi penganjuran Program Memperkasa Usahawan Wanita Muda Sabah: Kuasa Wanita, Kuasa Ekonomi yang akan berlangsung pada 23…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama dengan Petronas kukuh hak Sabah dalam industri minyak, gas

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah kini mengalas peranan lebih besar dan mempunyai hak bersuara dalam industri minyak dan gas selepas termeterainya Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) dengan Petronas baru-baru ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Pemancing hilang di Umas-Umas

Pemancing hilang di Umas-Umas

Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET

  • By Ynom
  • July 20, 2025
Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET